Jadual Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR Fasa 1 : Semak Sekarang !

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan mula dikreditkan pada Januari selepas bermula Mac. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari. Bayaran kali ini adalah untuk semua penerima yang layak pada tahun 2022. Berikut adalah artikel jadual pembayaran bantuan tunai rakyat (BTR) fasa 1.

Channel Telegram info bantuan kerajaan

BANTUAN TUNAI RAKYAT

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ialah bantuan kerajaan yang diberikan secara berperingkat kepada warganegara yang layak. Bantuan ini merupakan inisiatif yang diteruskan oleh kerajaan terdahulu dengan perubahan dalam beberapa aspek termasuk nama bantuan tersebut.

Ia adalah bantuan serupa kepada BR1M, BSH, BPR dan BKM.

PEMBAYARAN DIPERCEPATKAN

Seperti yang anda tahu, bayaran peringkat pertama dibayar pada bulan Mac. Bagaimanapun, kerajaan prihatin dan mengambil berat tentang keperluan rakyat. Lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh ini. Oleh itu, bayaran ini dipercepatkan dan akan dibayar pada Januari ini.

Dijangka bantuan itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan sehingga RM 2 bilion.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)

Bayaran tahap pertama akan dikreditkan selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari. Buat masa ini, pengumuman jumlah bantuan hanya untuk pembayaran pertama.

  • KATEGORI ISI RUMAH – RM 300
    KATEGORI SATU – RM 100

JADUAL PEMBAYARAN

Dijangka tahap pertama Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan dibayar pada minggu ketiga atau keempat Januari. Bagaimanapun, lebih cepat ia lebih baik untuk rakyat.

Seperti biasa, pembayaran akan bermula kepada pemegang Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan seterusnya kepada pemegang bank lain.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3