Jadual Bayaran Bantuan Kewangan JKM Sepanjang Tahun 2021

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Sepanjang Tahun 2021

Untuk maklumat anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai perkhidmatan bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan bantuan supaya dapat meneruskan hidup dengan lebih baik melalui bayaran bulanan bagi pemohon yang layak.

Bagi penerima bantuan dari JKM anda pasti ingin tahu bilakah tarikh pembayaran akan dikreditkan ke akaun anda?

Pada perkongsian kali ini Portal Malaysia akan berkongsi kepada anda jadual pembayaran Bantuan JKM sepanjang Tahun 2021.

Baca Juga: Bantuan JKM Ditambah RM500 Seorang

Senarai Bantuan Kebajikan JKM 2021


Senarai bantuan yang disediakan oleh JKM adalah seperti berikut:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

Baca juga: GKP 3.0 RM1000 One-off

Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2021 (Jadual Bulanan)


Jadual pembayaran bantuan kewangan bagi skim BOT, BTB, EPC, BKK dan BPT sepanjang Tahun 2021 adalah seperti berikut:

Jadual Bayaran Bantuan Kewangan JKM Sepanjang Tahun 2021 1

Cara Permohonan


Bagi pemohon yang layak atau ingin membuat permohonan bantuan JKM, anda boleh melakukan melalui 2 cara berikut:

1. Permohonan Bantuan JKM Secara Online (Atas Talian)


  1. Sila layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat
  2. Tekan butang Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Penting, sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu anda isi.
  4. Anda perlu mengisi dua bahagian iaitu A dan B.
  5. Setelah isi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahihkan, klik butang ‘Keputusan’

2. Permohonan Bantuan JKM Secara Manual


  1. Pemohon atau wakil perlu perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah mohon secara online.
  2. Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh permohonan online yang telah anda lakukan di atas.
  3. Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang perlu dimuat turun di bawah : JKM 18

Maklumat Lanjut


Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan bayaran bantuan JKM 2021, sila berhubung Pejabat JKM seperti di bawah :

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3