Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah umumkan Bantuan Khas COVID19 (BKC) melalui Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.
Portal Malaysia ingin berkongsi info lanjut tentang kelayakan serta bayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC).
Baca Juga: Cara Keluarkan Duit ASB Online, Tidak Perlu Pergi Ke Bank
Apakah Bantuan Khas COVID19 (BKC)?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup & beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga pada akhir tahun 2021.
Syarat Kelayakan
Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti dibawah:
- Miskin tegar
- B40
- M40
Jumlah Bayaran Yang Layak Diterima Mengikut Kategori
Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut:
Miskin Tegar
RM1,300 (Isi Rumah)
RM500 (Bujang)
B40
RM800 (Isi Rumah)
RM200(Bujang)
M40
RM250 (Isi Rumah)
RM100 (Bujang)
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas COVID19 (BKC)
Pembayaran BKC akan dibuat seperti info dibawah:
Kedah Pembayaran
Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti dibawah:
- Kategori Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian LHDNM
Baca juga: Talian Whatsapp Op Bantu Di Seluruh Negara Bagi Mereka Yang Terputus Bekalan Makanan
Cara Permohonan BKC
Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti dibawah:
- Kategori Miskin Tegar – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori B40 – Data Permohonan BPR 2021
- Kategori M40 – Rekod Percukaian (LHDNM)
Semakan Status
Semakan status boleh dibuat melalui laman web Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) apabila tarikh rasmi diumumkan nanti.
- Sila layari portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/
- Boleh log masuk menggunakan ID & kata laluan yang didaftarkan.
- Rujuk menu semakan bagi melihat status pembayaran.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini tentang bayaran BKC, sila rujuk Portal BPR & Soalan Lazim Bantuan Khas COVID-19