Jaafar Onn Tidak Mahu Hidup Dalam Kepura – Puraan


Selebriti senior iaitu Jaafar Onn adalah seorang pelakon , penyanyi , pelawak malah pernah menjadi chef selebriti yang terkenal kerana celotehnya yang menghiburkan dan mencuit hati .

Jaafar juga sering muncul dalam drama sitkom komedi dan juga banyak mengacara dalam majlis yang memerlukan pengacara kelakar dan juga sporting.

Dia yang memang terkenal dengan watak dalam industri sebagai seorang yang lemah-lembut malah sememangnya dirinya seperti dalam dunia realiti namun dia mengakui wataknya itu menjadi faktor utama apabila dirinya masih kekal dalam industri seni sehingga kini.

Namun sifatnya yang lemah lembut itu bukanlah satu kesalahan kerana masih tidak mengubah keadaan fizikal tubuhnya hanya dirinya yang bersikap begitu.

Setelah hampir 50 tahun menceburi bidang seni dengan  bakat lakonan dan juga pengacaraan, Jaafar Onn atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang berkata dia tidak mempunyai sebab untuk berubah dirinya kerana lebih selesa dengan dirinya dari dahulu sehingga kini.

JElasnya lagi, dia tidak perlu untuk berpura-pura dalam sepanjang hidupnya semata-mata hanya untuk memuaskan kehendak dan keperluan masyarakat dan orang sekeliling.

“Ada orang cakap termasuk keluarga terdekat, ‘dah usia 70 tahun tak reti nak taubat atau berubah ke’. Nak saya buat macam mana, dah memang saya begini takkan saya nak hidup berpura-pura jadi keras demi puaskan hati orang”.

Jaafar Onn yang juga sinonim dengan panggilan Chef Jaafar juga mengakui dirinya tidak pernah menyusahkan orang meskipun berperwatakan lembut dan bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan rezeki serta kesihatan yang baik sepanjang hidupnya dan kini masih sihat tubuh badan walaupun sudah berusia.

Dia mengakui sering dikutuk dan dikeji kerana cara berjalan dan juga percakapan yang terlalu lembut seperti seorang wanita namun dia tidak menghiraukan perkara tersebut kerana lebih mementingkan dirinya daripada sibuk memikirkan pandangan orang lain yang tidak kenal dan tahu tentang dirinya .

Katanya lagi , segala kritikan yang dilemparkan tidak pernah menjadi kudis dalam hati dan menganggap setiap orang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri dan dia sedia meneriam segalanya seaadanya kerana tidak mampu memuaskan hati setiap orang.

Malah dunia sekarang lebih lancang berkata – kata dalam menyuarakan pendapat serta tidak segan silu mengutuk dan berkata buruk tentang orang lain di media sosial tanpa rasa bersalah.


Dalam perkembangan terkini, Jaafar bakal muncul dalam sebuah sitkom terbitan RTM berjudul Apartmen Putra yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan bakal menggeletek para penonton .

Disclaimers – Bahan artikel kami share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Jaafar Onn Tidak Mahu Hidup Dalam Kepura – Puraan” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia