Izzue Islam Caras Job Member?


Izzue Islam Caras Job Member? 2

Program hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim kelima kini dikendalikan oleh Izzue Islam sepenuhnya selepas menggantikan pengacara sebelum ini.


Izzue menganggap dengan pemilihannya sebagai pengacara program hiburan itu tidak merampas kerusi pengacara asal iaitu Sean Lee. Lagipun, Izzue sudah mendapat restu hos terbabit yang sudah bersama dengan program berkenaan sejak musim pertama lagi.

Pada awalnya saya cuma jadi bidan terjun apabila hos asal tidak dapat jayakan episod pertama disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Kiranya saya cuma pengganti sementara.

Tugas ini tiada kena mengena dengan rampas tempat atau caras sesiapa terutama kawan seperjuangan, sebaliknya sudah tertulis rezeki. Rakan gandingan, Ain Edruce, pihak produksi dan Sean juga banyak bagi tip kepada saya.

Sudah pasti dia turut memberikan ‘lampu hijau’ dan tidak kedekut ilmu memandangkan sudah bersama rancangan ini sejak empat musim. Perkongsian daripada Sean banyak membantu melancarkan rakaman

Izzue Islam Caras Job Member? 3

Pada 8 Mei lalu, penyanyi itu dilihat bersama Ain Edruce bagi mengacarakan ICSYVMY5 edisi raya..

Dalam pada itu, Izzue Islam ingin menguasai bidang pengacaraan dengan lebih serius dengan banyak belajar dari personaliti TV yang berpengalaman lain.


Sejujurnya dua tahun kebelakangan ini pengacaraan turut menjadi fokus baharu saya yang lebih dulu berjinak-jinak mengendalikan pelbagai majlis korporat.

Saya juga suka belajar dengan melihat gaya personaliti berpengalaman seperti Datuk Aznil Nawawi yang cukup versatil, begitu juga Alif Satar serta ramai lagi nama besar lain.

Izzue Islam Caras Job Member? 4

Izzue juga memberitahu dia sedia menerima sebarang maklum balas mahupun penerimaan penonton termasuk kritikan.

Saya cuma berlapang dada. Jika demi penambaikan, saya terima teguran.

Ujarnya lagi, buat masa ini dia banyak belajar untuk memantapkan lagi skil dalam bidang pengacaraan malah tidak beranggapan bidang nyanyian dan lakonan tidak lagi penting baginya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3