Izreen Azmida Luah Perasaan Setelah Lama Bersabar.


Nama Izreen Azmida kembali hangat apabila tular di video TikTok daripada seorang pengguna yang mendedahkan pasangan suami isteri itu tidak saling mengikuti Instagram masing-masing.

Dan telah mendapat maklumbalas daripada Izreen dengan membuat hantaran terbaru yang menjelaskan kekeliruan yang berlaku disebabkan video terbabit.

Jelasnya dalam hantaran berkenaan bahawa dia dan suami, Ude Wahid sememangnya sudah lama tidak mengikuti Instagram masing-masing namun hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja dan masih bahagia. Malah bertegas akan mengambil tidakan undang -undang kepada neitzen yang terlibat dengan perkara seperti itu dan juga yang dengan sengaja mengudang komen negatif dan tidak benar.

Dia berkata ,mereka masih sangat bahagia tetapi sejenis yang tidak suka berkongsi segala aktiviti di media sosial malah merasa tidak perlu untuk post gambar setiap masa untuk membuktikan kebagahiaan seseorang. Namun telah berkongsi gambar bersama suami tercinta dengan caption sesekali belanja gambar bagi membuktikan bahwa dirinya masih bersama suami dan bahagia sahaja tanpa ada masalah yang sering dihebahkan oleh para netizen yang nampaknya seperti masih tidak move on dan masih memerli dirinya.

 

Merasa tercabar dan sering di dijadiakan content seperti itu, Izreen turut mempersoalkan motif pengguna TikTok tersebut memuat naik video sedemikian kerana ianya boleh mengundang komen negatif dan menghina selain membuka aib orang lain.

Dia yang mengakui sudah lama berdiam diri dengan individu yang sengaja mencetuskan perbalahan seperti itu, Izreen berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang lebih serius agar perkara seperti ini tidak berulang kali terjadi namun individu tersebut telah pun menyahaktifkan akaun TikTok tersebut.

Izreen sering menjadi buah mulut para netizen kerana dituduh menjadi orang ke tiga dan perampas para awal perkahwinannya bersama suaminya uda. Walaupun perkara tersebut sudah lama berlaku namun masih menjadi perbualan hangat dan sering diperli apabila ada sesuatu yang mengaitkan dirinya.

Dia yang sering berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan kerana sudah berumahtangga dan bahagia bersama suami tercinta namun sering menjadi tempat untuk melepaskan geram para netizen yang sentiasa tidak berpuas hati kepadanya walhal tidak mengenalinya langsung.

Melalui hantaran terbaru pula Izreen telah menulis dengan panjang lebar  memohon agar pihak yang terlibat bersederhana dalam semua benda dan tidak mengambil kesempatan atas apa yang berlaku malah berharap agar semua pihak berhenti mengaitkan perkara yang tidak sepatutnya dimedia sosial.


Kali ini IZreen bertegas bahawa dia tidak akan berdiam diri lagi apabila diperkotak- katikkan oleh netizen di media sosial dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada sesiapa sahaja yang terlibat serta yang cuba memburukkan dirinya.

 

Disclaimers – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Izreen Azmida Luah Perasaan Setelah Lama Bersabar.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia