Itali Gagal Ke Piala Dunia Qatar 2022!

Itali Gagal Ke Piala Dunia Qatar 2022? Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Sedih.. Itu lah sekarang dialami oleh skuad barisan Itali (Azzurri) apabila terlepas peluang untuk kembali bermain di piala dunia di Qatar apabila tewas kepada Macedonia Utara di saingan separuh akhir playoff. Selepas menjadi juara piala EURO 2020,skuad kendalian Roberto Mancini berhasrat untuk kembali ke piala dunia setelah gagal beraksi di pentas itu pada tahun 2018.

Itali Gagal Ke Piala Dunia Qatar 2022! 6

Kekalahan ini merupakan kekalahan kelayakan piala dunia pertama di laman sendiri. Faktor kekalahan bukan disebabkan dari kekurangan penguasaan bola kerana Itali mengatasi Macedonia Utara dari segi percubaan ke arah gol dengan 32 percubaan dan hanya 5 percubaan tepat ke arah gol. Itali juga menggunakan formasi tipikal Roberto Mancini iaitu 4-3-3 yang membariskan tiga pemain tengah terkuat mereka iaitu Nicolo Barella, Marco Veratti dan Jorginho untuk memenangi perlawanan ini namun sebaliknya yang terjadi.

Pemain Macedonia Utara, Aleksandar Trajkovski menjadi duri dalam daging Itali apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan. Perlawanan berlangsung di Palermo itu memberi Trajkovski kelebihan apabila beliau pernah bermain di stadium ini selama empat musim antara tahun 2015 sehingga 2019 mewakili Palermo.

Itali Gagal Ke Piala Dunia Qatar 2022! 7

Sepanjang edisi piala dunia, Itali telah layak ke setiap edisi dari tahun 1962 sehingga 2014 dan telah menjadi juara sebanyak empat kali. The Azzuri sebelum ini menebus kegagalan mereka mara ke piala dunia 2018 dengan menjadi juara piala euro 2020 dan telah mencatatkan rekod tanpa kalah paling panjang di peringkat atarabangsa.

Namun, kegagalan melayakkan diri ke piala dunia Qatar kali ini menjadi satu lagi episod duka buat skuad Itali. Mereka kini hanya boleh menunggu sahaja slot kelayakan piala dunia 2026 yang akan datang.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3