Anda terlupa password BKC anda? Jika anda terlupa kata laluan (password) Bantuan Khas CVD, anda tak perlu risau kerana mudah sahaja untuk reset semula kata laluan anda.
Ikuti langkah-langkah di bawah.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Baca Juga : BKC Fasa 2 (Semakan & Tarikh Bayaran)
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Tukar Password BKC
Jika anda tak ingat password BKC, sila buka pautan rasmi MyBKC
Kemudian, tekan pada pautan Terlupa Kata Laluan.
Ada 2 tindakan yang anda boleh lakukan :
i) Jika anda mempunyai email yang berdaftar dalam Permohonan BPR 2021/ Percukaian LHDN :
- Masukkan MyKad anda,
- Letak email anda yang sudah berdaftar,
- Kata laluan baru akan diberikan melalui email anda,
- Log masuk semula & masukkan kata laluan sementara yang telah diberikan.
- Set semula kata laluan anda yang baru.
ii) Jika anda tidak mempunyai email yang berdaftar :
- Set password melalui email yang tidak boleh dibuat,
- Sila jawab soalan keselamatan yang anda telah buat semasa pendaftaran BPR.
Terlupa Jawapan Untuk Soalan Keselamatan
Jika anda terlupa semua jawapan untuk soalan keselamatan anda, anda perlu hubungi talian Hotlina Bantuan Khas Kerajaan (BKK) di :
1-800-88-2747
atau pergi ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk set semula akaun BKC anda.
Selepas itu, daftar semula BKC & jawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
BKC Login Masuk Tidak Berjaya
Sekiranya anda sudah login dalam BKC namun tidak berjaya, berkemungkinan anda tersalah password/ kata laluan atau tersalah masuk nombor pengenalan anda.
Sila semak juga sama ada anda taip menggunakan CAPS LOCK ataupun tidak.
Contoh Kata Laluan BKC
Anda digalakkan letak kata laluan yang selamat dan mudah diingat.
Jangan letak password yang terlalu mudah orang lain teka seperti ABC1234 atau password1234.
Pastikan password anda mempunyai sekurang-kurangnya 1 huruf besar dan 1 simbol.
Info Lanjut
Dapatkan maklumat terkini dan pertanyaan melalui talian hotline rasmi BKC/ LHDN di :
1-800-88-2747