Pelakon dan juga pengarah yang terkenal tanah air, Datuk Afdlin Shauki memuatnaik perkongsian berita di akaun Instagram beliau semalam tentang keadaan rakannya yang juga merupakan seorang pelakon.
Doakan Ako Mustapha
Menjengah di Instagram Afdlin, pengarah terkenal ini memuatnaik dua gambar bersama coretan ringkas di media sosial mereka. Berdasarkan entri yang ditulis Afdlin, beliau bermohon agar mintak orang ramai dapat menitipkan doa buat rakan iaitu pelakon Ako Mustapha agar kembali pulih seperti sedia kala.
“Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh semua, tolong doakan kesembuhan bagi sahabat saya Ako Mustapha. Semoga di permudahkan segala urusannya.” Coret beliau
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Berdasarkan seperti di dalam gambar yang telah dikongsikan oleh Afdlin, keadaan tubuh Ako Mustapha kelihatan semakin kurus sehingga urat dan tulang dibahagian tangan dapat dilihat timbul dengan jelas.
Masuk Hospital Kuala Lumpur
Menurut, info di Instagram Ako Mustapha, Murai MY mendapati isteri kepada pelakon ini iaitu Kartina Shuib telah pun memaklumkan keadaan suaminya itu menerusi media sosial aktor tersebut.
Baca juga : Jom Serbu 5 Port Sarapan Popular Di Ipoh Ini !
Malah Kartina, suaminya juga terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Kuala Lumpur dan memohon agar orang ramai dapat menitipkan doa buat suaminya yang tersayang dunia akhirat.
Sekadar info, Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha juga menghidap penyakit kencing manis pada tahun lalu sehingga menyebabkan pelakon ini susut berat badan sehingga 20 kilogram.