Pelakon tanah air Malaysia, Datin Almy Nadia berasa sebak dan sedih selepas ditipu bulat-bulat oleh satu pihak ‘scammer‘ yang tidak bertanggungjawab di Instagram.
Kena Tipu Dengan ‘Scammer’
Melalui sebuah video yang telah di upload oleh Datuk Fizz Fairuz, suaminya, Almy mengalirkan airmata selepas menceritakan hal yang sebenar sambil ditenangkan oleh Fizz.
Menurut Almy, kebiasaanya dia akan membeli barangan secara online dan dia ingin mencuba membeli kereta sorong bayi dalam Instagram kerana niatnya ingin membantu peniaga-peniaga. Namun dia tak sangka yang dirinya akan ditipu.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
View this post on Instagram
Ditipu RM570!
Sebanyak RM570 jumlah yang telah ditipu oleh pihak tersebut. Almy akan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Fizz turut menyampaikan pesanan kepada netizen supaya lebih berhati-hati sebelum membeli barangan secara atas talian.
Bagi mengelakkan kegiatan yang tidak bermoral ini terus meluas, Fizz turut berkongsi akaun ‘scammer‘ terbabit selain memberitahu telah menghubungi pihak bank untuk perihal susulan.
Dalam ruangan komen pula, rata-rata follower pasangan selebriti tersebut meminta mereka untuk terus bersabar dan jangan putus asa untuk membantu lebih banyak peniaga-peniaga yang laing