Nak tahu Jadual Jangkaan Masa Duit iCitra Masuk Bank? Para pencarum KWSP kini boleh keluarkan duit iCitra masing-masing untuk mereka yang lulus permohonan.
Untuk pengetahuan, bayaran i-Citra dah masuk & bulan Ogos merupakan Bulan Pertama pembayaran i-Citra. Tarikh kemasukan duit adalah bermula pada 2 Ogos hingga 5 Ogos.
Namun, kecepatan masa pembayaran adalah bergantung kepada akaun bank penerima masing-masing. Tapi jangan risau kerana duit i-CItra tersebut pasti akan masuk ke dalam akaun bank anda.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Semak Juga : Tarikh Pembayaran i-Citra
Jadual Jangkaan Masa Duit iCitra Masuk Bank
Pembayaran pertama i Citra adalah bermula 2 Ogos dan akan dibayar secara berperingkat.
Jadual di bawah adalah JANGKAAN masa kemasukan duit i-Citra mengikut bank-bank di Malaysia :
Jangkaan Masuk Duit Mengikut Bank | |
---|---|
Bank | Jangkaan Masuk Duit |
Maybank | Selepas 10 malam |
CIMB | Selepas 9 malam |
BSN | Selepas 6 petang |
Bank Rakyat | Selepas 8 malam |
RHB | Selepas 9 malam |
Bank Islam | Selepas 9 malam |
Affin Bank | Selepas 8 malam |
Agro Bank | Selepas 8 malam |
Jadual di atas hanya JANGKAAN semata-mata. Untuk bank lain yang tidak tersenarai di jadual atas, kemungkinan akan masuk pada waktu malam iaitu selepas pukul 8 malam.
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang masalah mengenai pembayaran ini, sila lihat FAQ KWSP di :
FAQ KWSP
atau anda boleh chat dengan Elya di sini : https://icitra.kwsp.gov.my/