Selepas 22 tahun beliau turun naik mahkamah, seorang peguam akhirnya berjaya memenangi kes mengenai tuntutan pembayaran harga tiket kereta api yang telah dicaj lebih mahal berbanding harga asal dalam kejadian pada 1999 lalu.
Imbas kembali, pada 1999 dahulu, Tungnath Chaturvedi, 66, malah beliau dikenakan caj tambahan RM1 (10 rupee) untuk dua tiket kereta api bagi perjalanan dari Mathura menuju ke Morabadad ketika berurusan di stesen kereta api Kantonmen Mathura di Uttar Pradesh.
Difahamkan, harga sebenar dua tiket adalah RM4 (70 rupee) dan dia memberikan wang bernilai RM5.50 (100 rupee). Baki sepatutnya yang diterima adalah RM1.50 (30 rupee), namun kerani itu hanya memulangkan RM0.50 (10 rupee) dan RM1 (20 rupee) selebihnya diambil.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Tular baru-baru ini viral
Menyedari transaksi bayaran agak mencurigakan, Chaturvedi cuba menjelaskan kepada kerani itu tentang duit baki yang tidak cukup kerana caj lebihan yang dikenakan, malah permintaannya itu hanya sia-sia.
Ekoran itu, dia juga memutuskan untuk menfailkan sendiri kes terhadap syarikat pengendali kereta api, North East Railway (Gorakhpur) di bawah Kereta Api India serta melaporkan tindakan kerani tersebut di Mahkamah Pengguna Mathura.
Walaumanapun, syarikat kereta api tersebut menolak kes itu dan mengatakan aduan berkenaan perlu dibawakan ke tribunal kereta api dan bukannya mahkamah pengguna.
Masalah ini juga satu-satu nya adalah kerana tribunal kereta api merupakan badan separa kehakiman yang ditubuhkan untuk menangani tuntutan berkaitan perjalanan kereta api di negara India.
Chaturvedi berkata, keluarganya juga beberapa kali memujuknya untuk tidak perlu atau tidak sepatutnya meneruskan saman berkenaan kerana ia memakan masa terlalu lama.
“Saya turun naik mahkamah selama 22 tahun dan menghadiri lebih 100 perbicaraan. Tenaga, masa dan wang yang dihabiskan memang sangat besar.
“Tetapi, ini adalah perjuangan menentang ketikadilan dan rasuah, jadi ia sangat berbaloi,” katanya.