Home » Isu Semasa » Isu Kailan Ikan Masin , Kemungkinan Salah Juruwang Atau Tukang Masak.

Isu Kailan Ikan Masin , Kemungkinan Salah Juruwang Atau Tukang Masak.

Isu viral sedang menggila di media sosial apabila dikatakan harga bahan basah dan makanan semakin naik sekarang sehingga menaikkan kemarahan pengguna yang manan terdapat isu baru tentang harga sebungkus kailan ikan masih yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, di sini, tampil membuat aduan rasmi berhubung hantaran di media sosial mengenai hidangan kailan ikan masin pada harga RM18 malah meminta pemilik kedai  untuk memberikan penjelasan terhadap harga yang dikenakan.

Pemilik restoran yang viral akibat daripada menjual sayur  kailan ikan masin yang telah dimasak dengan harga RM18  sehingga tular di media sosial itu telah tampil membuat penjelasan berhubung isu berkenaan di Facebook milik premis itu.

Dia yang memuatnaik status di akaun miliknya dengan menjelaskan terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan kesilapan itu berlaku yang mana kesilapannya dari juruwang atau tukang masak di kedai berkenaan.

“Kesilapan kami mungkin cashier (juruwang) tersilap ‘key in’ (masukkan) harga dengan hidangan bersaiz L (besar).

“Atau mungkin pelanggan itu memesan saiz L tetapi krew di bahagian dapur sediakan kailan itu dalam hidangan bersaiz S (kecil) berdasarkan gambar yang ditularkan,” katanya.

Dai juga menulis, bahawa sekiranya pihaknya melakukan kesilapan seperti itu, pelanggan yang terlibat sepatutnya terus berjumpa atau bertanya dengan pengurusan restoran dan bukan menularkan perkara tersebut dimedia sosial yang mengakibatkan perkara ini berlanjutan .

“Oleh itu kami mengharapkan kerjasama daripada pengadu dan menghubungi pemilik restoran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik restoran berkenaan juga turut memberikan penjelasan mengenai harga kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM6, M (RM12) dan L (RM18) dengan memaparkan gambar menu restoran.

Beberapa hari lepas , telah tular di media sosial tentang satu gambar kailan ikan masin yang dibungkus berserta resit yang mana memaparkan harga keseluruhan makanan yang dimuatnaik salah seorang pelanggan restoran itu.

Dalam hantaran itu, individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18 untuk seorang makan yang ia dianggap terlalu mahal mahal dikatakn tidak masuk akal oleh netizen yang memberikan komen ini hantaran tersebut.

Sebelom ini tular harga ikan siakap dan sotong yang dikatakan cekik darah ,ini pulak tentang kailan ikan masin dan diharapkan masalah ini dapat diselaisakn dengan damai dan para pemilik restoran tidak mengambil kesempatan dalam kesulitan.

Disclaimers – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Isu Kailan Ikan Masin , Kemungkinan Salah Juruwang Atau Tukang Masak.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!