Isteri Selamat Bersalin , Ayie Floor88 Teruja Dapat Anak Perempuan


Penyanyi kumpulan Floor88, Ayie Elham, 24, semalam telah berkongsi khabar gembira apabila isterinya Tasha Awie, 23 telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta.

Ayie yang sebelumnya berkongsi gambar tentang isterinya yang dimasukkan ke labour room dan sedang menemani isteri tercinta untuk bersalin dan memohon orang ramai untuk mendoakan agar dipermudahkan urusan untuk isterinya bersalin.

Dia juga bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas doa apabila isterinya selamat melahirkan dan bayinya juga sihat sejahtera malah telah dipermudahkan segala urusan.

 

Isteri Selamat Bersalin , Ayie Floor88 Teruja Dapat Anak Perempuan 2

 

“Alhamdulillah berkat doa keluarga dan kawan-kawan semua, isteri saya sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Semua okey dan lancar.

“Buat masa ini, saya tengah siapkan apa yang patut untuk bayi kami. Sebarang perkembangan lain akan saya kongsi dari semasa ke semasa,” katanya.

Ayie juga sempat berkongsi gamnar bersama anaknya itu namun menutup gambar anaknya dengan emoji dan tersenyum gembira dengan kehadiran anak pertamanya itu.

Bercerita tentang pengurusan anaknya itu , Ayie mengakui bahawa dirinya dan isteri tidak mempunyai masalah dan malah lebih berpengalaman dalam menguruskan bayi kerana dia adalah anak sulung dalam keluarga mereka .

 

Isteri Selamat Bersalin , Ayie Floor88 Teruja Dapat Anak Perempuan 3

Malah turut bercerita yang mereka sudah biasa menguruskan adik – adik yang masih kecil dan sangat sukakan kanak – kanak serta tidak kekok untuk memberikan penjagaan yang terbaik buat anaknya itu.

Ayie dan isteri masih belum mengumumkan nama anak mereka dan perkara itu akan diumumkan pada masa terdekat sertelah dia selesai menguruskan anak dan isterinya yang tercinta.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3