Isteri Achey Kongsi Perjalanan Pertama Kali Buat Rawatan IVF


Sempena menyambut ulang tahun ke-36 suaminya , Achey pada hari ini, isterinya yang dikenali sebagai Nur Hassanah Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne berkongsikan perjalanan mereka dalam usaha untuk mendapatkan zuriat sendiri di Ig miliknya

Pasangan yang telah  11 tahun berkahwin ini memohon agar urusannya dipermudahkan dan berjaya mendaptkan zuriatnya sendiri dengan usahanya ini .

Proses IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan kita sebagai bayi tabung uji, adalah antara rawatan kesuburan terbaik.

Ia merupakan kaedah yang boleh atau perlu dilakukan oleh psangan yang mempunyai masalah kesuburan bagi memberi peluang untuk mereka menimang cahaya mata.

Proses IVF ini bermula dengan sperma lelaki dan telur wanita dikeluarkan dari tubuh badan dan disenyawakan di dalam makmal dan apabila proses itu sudah berjaya menjadi embrio, ia seterusnya akan dipindahkan ke dalam rahim wanita untuk proses mengandung.

Prosedur yang biasanya memakan masa sekitar 3 minggu ini merupakan kaedah bantuan reproduktif berteknologi yang terbaik setakat ini dan sering diguna  pakai oleh kebanyakkan pasangan yang tidak mampu mengandung secara normal.

Namun begitu peluang untuk anda dan pasangan mendapatkan bayi yang sihat dan sempurna melalui proses IVF bergantung pada banyak faktor.

 

Menerusi laman Instagram miliknya Anne telah  berkongsi tentang pengalaman pertamanya menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) di sebuah pusat perubatan di Johor pada pada 6 Ogos lalu.

“Happy birthday sayang, tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.

“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin.

“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang.”

“11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan.”

“Kami kongsikan perjalanan kami pertama kali buat IVF pada 6 Ogos lalu,” tulis Anne.

Walaupun rawatan ini dikatakan sangat berkesan namun banyak perkara yang perlu dilakukan agar ianya berjaya dan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan.

Menjengah keruangan komen hantaran berkenaan , rata- rata rakan artis dan peminat mendoakan agar pasangan ini berjaya mendapatkan zuriat mereka sendiri .

Pasangan ini sudah mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun namun masih menginginkan zuriat mereka sendiri .

BACA : Fazura Buat Laporan Polis, Serahkan Kepada Pihak Berkuasa Untuk Jalankan Siasatan

Mereka yang sangat menyayangi anak angkatnya itu sentiasa berkongsi aktiviti bersama anak mereka dan berharap agar anaknya itu menjadi insan yang baik dan membahagiakan mereka hingga ke hari tua.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3