Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home KWSP

i-Sinar : Cara Mohon & Semak Pengeluaran iSinar KWSP (Tutorial)

portalmalaysia by portalmalaysia
February 8, 2021
in KWSP, Isu Semasa, Portal Rasmi
Reading Time: 8min read
0
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Pengeluaran KWSP daripada akaun 1 adalah termasuk dalam perbincangan pembentangan Bajet 2021 dan ia diumumkan oleh Menteri Kewangan dimana pengeluaran tersebut dinamakan sebagai i-Sinar atau isinar.

Pengeluaran akaun 1 KWSP ini boleh dibuat secara atas talian saja melalui Portal Rasmi i-Sinar. Oleh itu, kepada yang layak membuat permohonan i-Sinar bagi kategori 1, anda boleh memohon pengeluaran i-Sinar tersebut secara atas talian sahaja.

ArtikelBerkaitan

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

Ikuti perkongsian Portal Malaysia di bawah tentang cara untuk membuat permohonan dan semakan i sinar :

Cara Buat Semakan i-Sinar

Bagi anda yang ingin membuat semakan i-Sinar, berikut ialah langkah untuk menyemak status i-Sinar :

1. Sila layari atau klik pautan https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Kemudian klik pada bahagian “Semak Status Permohonan”

3. Setelah itu, masukkan Nombor MyKad/MyPR serta nombor telefon bimbit seperti yang diisi semasa permohonan dibuat.

4. Tanda pada kotak “Saya bukan robot”

5. Akhir sekali, klik pada butang “Semak Status”

6. Selesai, butiran akan dipaparkan.

Jika anda tergolong dalam golongan B40 dan mempunyai anak yang masih bersekolah, anda juga boleh memohon bantuan laptop percuma.

Cara-Cara Mohon Online I-sinar KWSP

Berikut ialah dua kaedah untuk membuat permohonan online I-Sinar untuk yang mempunyai i-Akaun dan tidak mempunyai i-Akaun :

CARA MOHON BAGI YANG MEMPUNYAI I-AKAUN

1. Sila layari ke https://isinar.kwsp.gov.my/

2. Klik pada pautan “Permohonan Baharu”

3. Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit anda dan tekan TERUSKAN

4. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan Sahkan OTP atau Jawab Soalan Kselamatan Untuk pengesahan

5. Tetapkan Amaun Pilihan

6. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan

7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi

8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN

9. Semak Maklmat Pemohonan dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✅ sebelum HANTAR

Itu sahaja perkongsian tentang i-Sinar bagi yang ingin membuat pengeluaran akaun 1 KWSP boleh rujuk cara seperti gambarajah dibawah.

Kreteria Untuk Mohon i-Sinar

Ada beberapa kreteria untuk pemohon bagi kategori 1 & 2, untuk kategori 1 permulaan ini boleh rujuk dibawah.

Kategori 1 
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
👉Anda sudah lama tidak mencarum
👉Anda seorang suri rumah
👉Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
👉Anda hilang pekerjaan
👉 Anda diberi cuti tanpa gaji
👉Anda hilang sumber pendapatan
Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
👉Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
👉Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
 
Kategori 2 
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
👉
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
👉Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
👉Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
 

Tarikh Permohonan i-Sinar

Berikut adalah rujukan tarikh permohonan isinar mengikut kategori kreteria yang ditetapkan

✅Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.

✅Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Jumlah Kelayakkan Pengeluaran i-Sinar

Berikut adalah jumlah amaun kelayakan i sinar yang boleh anda keluarkan.

Baki Simpanan Akaun 1: RM100,000 dan ke bawah

👉Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).

👉Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.

👉Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan (Tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50)

👉Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Baki Akaun 1Amaun pengeluaran maksimumPembayaran bulan pertama
RM4,500RM4,400RM4,400
RM10,000RM9,900RM5,000
RM70,000RM10,000RM5,000
RM100,000RM10,000RM5,000

Baki Simpanan Akaun 1: Lebih dari RM100,000

👉Pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan (Tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000).

👉Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM10,000.

👉Bayaran selebihnya adalah minimum RM1,000 sebulan.

👉Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Baki Akaun 1Amaun pengeluaran maksimumPembayaran bulan pertama
RM100,001RM10,000RM10,000
RM500,000RM50,000RM10,000
RM800,000RM60,000RM10,000

Soalan Lazim (FAQ)

Bila dan bagaimanakah pembayaran i-Sinar saya akan dibuat?

👉Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
👉Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
👉Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
👉Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Adakah saya perlu membayar semula amaun i-Sinar yang dikeluarkan?

👉Anda tidak perlu membayar semula.

Jika saya telah memohon Pengeluaran i-Lestari, bolehkah saya memohon i-Sinar?

👉Boleh. Anda yang sedang menerima bayaran bulanan Pengeluaran i-Lestari juga boleh memohon i-Sinar.

Bila Tarikh Permohonan iSinar Kategori 2 Boleh Dilakukan?

Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Itu saja perkongsian serba sedikit berkaitan permohonan isinar yang kami boleh kongsikan kepada anda, sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk FAQ i-Sinar Kwsp ini.

 
Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “i-Sinar : Cara Mohon & Semak Pengeluaran iSinar KWSP (Tutorial)” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Source: KWSP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger