Home » Bantuan » iSejahtera: Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal RM100/Setahun

iSejahtera: Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal RM100/Setahun

PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL ISEJAHTERA

Untuk Makluman, Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera menawarkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali.

Sekiranya Ibu Tunggal itu meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan akan kepada waris Ibu Tunggal tersebut.

Portal Malaysia ingin berkongsi Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal RM100/Setahun.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Baca juga: Senarai Bantuan PEMULIH – 8 Bantuan Yang Anda Boleh Mohon!

Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
  3. Bercerai atau kematian suami.
  4. Berumur bawah 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
  5. Tidak berkahwin semula.
  6. Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah.
  7. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  3. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
  4. Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
  5. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
  6. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

Jumlah Bantuan

  • Bantuan Ibu Tunggal ini menyalurkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali.
  • Sekiranya Ibu Tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal tersebut.

Tarikh Pembayaran

  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak sahaja.

Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera

  1. Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal ini boleh mendaftar secara atas talian (online).
  2. Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR & kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Bagi permohonan online, boleh daftar di https://isejahtera.penang.gov.my

Baca juga: Borang Rentas Negeri (Download) – PKP/ PKPB

Semakan Status

  • Status Pendaftaran boleh disemak melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 ataupun Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, boleh rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php

Penafian – Semua yang portalamalaysia share diatas hanyalah panduan dan ringkasan yang related dengan “iSejahtera: Cara Mohon Program Bantuan Ibu Tunggal RM100/Setahun” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!