Cara Daftar iRakyat & Login Online | Bank Rakyat

i-Rakyat adalah sistem perbankan atas talian untuk Bank Islam. iRakyat Login Online ini menyediakan kemudahan online kepada para pelanggan dengan menyediakan kemudahan transaksi kewangan dengan mudah dan selamat.

Di Portal Malaysia ini, kami akan kongsikan sedikit sebanyak tentang iRakyat. Pelbagai kemudahan boleh dinikmati dengan sistem ini antaranya boleh buat pinjaman peribadi (Personal Loan) dan sistem iRakyat 1Pay.

Sebelum kami tunjukan tutorial daftar/login irakyat, ini pesanan dari bank rakyat buat anda.

  • JANGAN PERNAH memberi maklum balas kepada sebarang panggilan telefon / SMS / e-mel yang meminta butiran akaun bank anda.
  • JANGAN PERNAH mendedahkan butiran akaun bank / PIN ATM / perbankan Internet kepada sesiapa pun.
  • JANGAN ikuti arahan daripada pihak yang tidak dikenali untuk melakukan transaksi perbankan atau membuat perubahan pada butiran akaun bank anda.
  • TIDAK menjadi mangsa skim yang terlalu baik untuk menjadi kenyatan.

Cara Daftar iRakyat

Untuk pendaftaran akaun Bank Rakyat online ini, terdapat 2 situasi, jika anda mempunyai kad ataupun pendaftaran tanpa kad.

Jika anda mempunyai kad :

pendaftaran irakyat online kad


1. Pergi ke mana-mana ATM Bank Rakyat.

2. Masukkan kad & kata laluan anda.

3. Kemudian pilih “Lain”.

4. Pilih “T-PIN Perbankan Internet & masukkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan di bank.

5. Masukkan 6 digit Kata Laluan sementara anda. (Sila hafal nombor ini)

6. Selepas selesai, layari www.irakyat.com.my untuk pendaftaran.

7. Tekan “Login” & pilih “Personal Banking”.

8. Cari & tekan butang “Register”.

9. Pilih gambar “MyDebit Card-i / Credit Card-i” & masukkan maklumat kad & maklumat peribadi anda.

10. Cipta Username, Password & Secure Phrase (Ayat Keselamatan) anda.

Pendaftaran Tanpa Kad:

1. Sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454.

2. Dapatkan ID Sementara dan TAC akan dihantar melalui telefon bimbit anda.

3. Pergi ke www.irakyat.com.my untuk pendaftaran.

4. Tekan “Login” & pilih “Personal Banking”.

5. Cari & tekan butang “Register”.

6. Pilih gambar “Temporary ID” & masukkan ID & No TAC.

7. Isi maklumat peribadi anda.

10. Cipta Username, Password & Secure Phrase (Ayat Keselamatan) anda.

Tahniah pendaftaran anda telah berjaya. Anda kini boleh login masuk Bank Rakyat secara online.

iRakyat Login Online

Untuk login secara online, sila lakukan di portal rasmi berikut:

Login Sini
irakyat login online

Masukkan Usernam serta Kata Laluan anda. Nikmati kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh Bank Rakyat. Antara kemudahan atas talian yang disediakan adalah seperti :

  • Pembayaran Bil secara online
  • Bayar zakat & derma
  • Prepaid Top-Up
  • Download e statement
  • iPay
  • Transaksi online Tabung Haji
  • JomPay
  • dan banyak lagi.

Semoga tutorial ringkas ini dapat memberikan anda manfaat dan ilmu yang baru, sebagai langkah berjaga-jaga anda dinasihatkan tidak mempercayai 

Disclaimers : Artikel yang dikongsikan ini merupakan perkongsian cara bagaimana untuk membuat pendaftaran online bankin irakyat sahaja. sebarang perkongsian di atas adalah bersandarkan rujukan yang sah dari portal irakyat.

1 thought on “Cara Daftar iRakyat & Login Online | Bank Rakyat”

Leave a Comment