Home » Gosip Artis Malaysia » Iqbal Zulkefli Habiskan Wang Lebih Rm70 Ribu Ringgit Sehari Untuk Hilangkan “Stress”.

Iqbal Zulkefli Habiskan Wang Lebih Rm70 Ribu Ringgit Sehari Untuk Hilangkan “Stress”.

Setelah kisah percintaanya senyap dan sudah tidak mendapat perhatian ramai , kini usahawan kontroversi ini  telah mencuri perhatian netizen kembali apabila Iqbal Zulkefli membuat hantaran di media sosail yang dia telah membeli sebatang pen berjenama mewah yang berharga RM75,000 sebatang.

Dia yang berkongsi video yang mana telah mengunjungi kedai Mont Blanc dan bertanyakan tentang harga pen dan kelebihan pen di kedai tersebut dan terus membeli sebatang pen yang diingini selama ini. Dia yang merasa lega kerana telah memiliki pen tersebut dan dapat menghilang rasa tekanan ke atas dirinya.

 

Dia mengakui merasa teruja kerana sudah memiliki pen tersebut dan tidak akan mensiakan pen tersebut malah tidak menyesal kehabisan wang kerana membeli pen tersebut.

“Akhirnya saya miliki pen Mont Black RM75,000. Sejak di Malaysia lagi saya masuk kedai ini namun tidak beli pen yang saya mahu. Setelah berkali-kali, daripada tertekan, lebih baik saya beli sahaja”katanya.

Malah menyatakan bahawa dirinya seorang yang memegang prinsip bahawa tiada siapa boleh menghalang dirinya daripada menyukai barangan mewah selagi tidak menyusahkan mana-mana pihak, asalkan dia berkemampuan dan ianya halal.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dia yang memang sukakan barangan mewah sering saja berkongsi barangan mewah miliknya melalui media sosial dan tidak lekok untuk memamerkan serta menyatakan harga barangan tersebut.

Perkongsian tersebut juga telah berjaya mendapat maklumbalas daripada para netizen di seluruh Malaysia dan menuai kritikan serta respon yang pelbagai daripada warga maya.

Dia yang digelar sebagai jelmaan Aliff Syukri kerana sikapnya yang sangat suka menunjuk dan dikatakan riak serta takabur oleh segelintir netizen yang tidak menyukai sikapanya itu.

“Sekiranya berkemampuan, kongsilah rezeki. Bantulah mangsa banjir, saham akhirat, kemewahan hanya di dunia.” tulis seorang netizen.

“Pergilah bantu mangsa banjir Iqbal, daripada beli pen kau tak guna pun, membazir amalan syaitan.” sahut seorang lagi.

Terdahulu, penyanyi lagu Hujan itu kini berada di Indonesia atas urusan kerja dan juga mencari ketenangan di luar negara selepas tertekan kerana sering menjadi bahan jenaka dan jejekan daripada netizen Malaysia gara-gara sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk.

Disclaimers – Semua yang kami share dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Iqbal Zulkefli Habiskan Wang Lebih Rm70 Ribu Ringgit Sehari Untuk Hilangkan “Stress”.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!