IPPAS Insentif Permulaan Pekerjaan RM300


Bantuan bagi Asnaf di Negeri Selangor yang telahpun mendapat pekerjaan pada tahun 2022. Anda layak untuk menerima Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) daripada Zakat Selangor (LZS).

Mohon insentif ini sebelum 30 September 2022.

IPPAS Insentif Permulaan Pekerjaan RM300 1

Kadar Insentif


Kadar insentif yang akan diterima pemohon adalah sebanyak RM300.

Baca juga: Bantuan Persekolahan 2022

Syarat Umum


Syarat umum yang ditetapkan bagi pemohon yang memohon insetif ini adalah asnaf tersebut mestilah Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar LZS sahaja.

Syarat Permohonan


Selain itu, syarat permohonan yang juga mesti dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Insentif diberikan adalah tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor.
  2. Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah dan tidak melanggar hukum syarak.
  3. Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon. (Kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS).
  4. Pemohon berulang (yang memohon lebih sekali bagi tempoh 3 tahun) perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.
  5. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses bagi permohonan insentif ini.

Cara Memohon


Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan berikut >>> KLIK DISINI
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan


Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  • Kad pengenalan pemohon.
  • Kad pengenalan ketua keluarga.
  • Surat tawaran bekerja.
  • Surat pengesahan bekerja.
  • Penyata akaun bank pemohon.
  • Surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika berkenaan sahaja).

Baca juga: Bantuan 1 Keluarga RM700-RM900

Pertanyaan Lanjut


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai IPPAS, sila hantar email ke alamat:

[email protected]

[email protected]




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3