Home » Bantuan » Intipati Ringkas Belanjawan Selangor 2021

Intipati Ringkas Belanjawan Selangor 2021

Belanjawan Selangor 2021 telah pun dikeluarkan bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negeri Selangor yang diperuntukan sebanyak RM2.323 Bilion.

Terdapat 5 strategi yang telah dirangka contohnya seperti dalam membangun digitalisasi, kebajikan, program keusahawanan atau pendidikan, pembangunan (sosial, sukan dan pelancongan), sumber alam sekitar dan juga pemulihan ekonomi serta pembangunan industri dan sebagainya.

Belanjawan Selangor 2021 adalah akan disampaikan secara komprehensif kepada semua rakyat di luar dan di dalam Selangor. Ia juga merupakan inisiatif negeri Selangor bagi memberi manfaat kepada semua dan terutamanya warga Selangor, dengan memahami objektif penyaluran serta tunggak utama Belanjawan Selangor 2021.

Baca perkongsian di bawah mengenai Intipati Ringkas Belanjawan Selangor 2021 :

Tema Belanjawan Selangor 2021

Berikut adalah tema belanjawan Selangor 2021 yang telah ditetapkan berdasarkan objektif dan strategi belanjawan 2021 yang telah dikeluarkan :

📝”MELAKAR REALITI BAHARU : MEMPERKASA EKONOMI BERMARUAH PAKSI KECEKALAN RAKYAT”

Peruntukan Belanjawan Selangor

Jumlah peruntukan yang akan dikeluarkan adalah sebanyak RM2.323 Bilion. Jumlah peruntukan tersebut akan dibahagikan kepada dua perbelanjaan iaitu :

💰 Sebanyak 53% daripada jumlah peruntukan tersebut iaitu RM1.22 Bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus

💰 Sebanyak 47% daripada peruntukan tersebut iaitu RM1.102 Bilion adalah untuk perbelanjaan pembangunan

Beruntukan tersebut adalah berpandukan pendekatan sifar belanjawan antaranya ialah :

⚖️ Emolumen – RM439.96 Juta

🛒 Perkhidmatan dan Bekalan – RM 520.43 Juta

💵 Aset – RM4.80 Juta 

💸 Pemberian & Kenaan Bayaran Tetap – RM203.51 Juta

💳 Perbelanjaan Lain-Lain – RM51.30

Fokus Strategi 

Berikut adalah 5 fokus strategi yang akan dilaksanakan bagi Belanjawan Selangor 2021 iaitu :

Strategi Pertama
🎯 Agenda Digitalisasi Selangor Pemangkin Negeri Pintar Ulung

Strategi Kedua
🎯Selangor Sentosa, Ummah Sejahtera

Strategi Ketiga
🎯Pemacu Penciptaan Nilai dan Pembangunan Modal Insan

Strategi Keempat
🎯Memperkasa Kemampanan Alam Sekitar, Sumber Dan Rantaian Bekalan Makanan

🎯Strategi Kelima
Merancakkan Pemulihan Ekonomi Dan Pembangunan Industri

Intipati Ringkas Belanjawan Selangor

Berikut ialah intipati ringkas belanjawan Selangor bagi setiap 5 strategi :

0️⃣1️⃣ Strategi Pertama – Agenda Digitalisasi Selangor Pemangkin Negeri Pintar Ulung 

📱PREMIER SMART STATE – RM369 JUTA

⌨️SELANGOR INNOVATION FUND – RM100 JUTA

🖥SELANGOR ADVANCE – RM130 JUTA

🖱SELANGOR KERJAYA – RM58 JUTA

📡WIFI & DATA INTERNET SELANGOR – RM17.5 JUTA

🖥SELANGOR FREELANCE – RM10 JUTA

💡SELANGOR E-KITCHEN 2.0 – RM10 JUTA

📼E-PEMBEKALAN PERUNCIT MIKRO DAN KECIL – RM5 JUTA

🚘INISIATIF SELANGOR AUTOMOTIF TVET – RM5 JUTA

🎮SELANGOR E-SPORT – RM3 JUTA

📡PROJEK PERINTIS 5G – RM3 JUTA

🔌INISIATIF RAKAN DIGITAL SELANGOR – RM3 JUTA

⏳DIGITAL GOVERNMENT APPROVAL – RM2 JUTA

0️⃣2️⃣ Strategi Kedua – Selangor Sentosa, Ummah Sejahtera

🕌AGAMA ISLAM – RM377.77 JUTA

👨‍👨‍👧WANITA, KELUARGA DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT – RM71.3 JUTA

👩‍👦KASIH IBU SMART SELANGOR IBU TUNGGAL (KISS IT) – RM62 JUTA

👩‍⚕️KESIHATAN – RM56.5 JUTA

👨‍⚖️SKIM INSURANS PEDULI SIHAT –RM42.5 JUTA

🧓SKIM MESRA USIA EMAS 2.0 (SMUE) – RM27.5 JUTA

🌭PROGRAM FOOD BANK – RM6 JUTA

👩‍🦽DASAR MESRA OKU – RM3.25 JUTA

🧍‍♀️PUSAT WANITA BERDAYA, HAB WANITA BERDAYA DAN PLATFORM EKOSISTEM EKONOMI DIGITAL – RM3 JUTA

👩‍🏫BANTUAN PENGUSAHA DAN GURU-GURU TADIKA – RM2 JUTA

🙎‍♀️INSTITUT WANITA BERDAYA SELANGOR (IWB) – RM1.86 JUTA

👧FOOD BANK KANAK-KANAK – RM1 JUTA

👩‍🦱PEMBANGUNAN ORANG ASLI – RM500 RIBU

👩SUKARELAWAN : JIRAN BAIK, JIRAN YANG PEDULI – RM300 RIBU

🧕CARUMAN BAGI GURU KAFA – RM1.1 JUTA

0️⃣3️⃣ Strategi Ketiga – Memacu Penciptaan Nilai Dan Pembangunan Modal Insan

💰PROGRAM-PROGRAM KEUSAHAWANAN – RM6.08 JUTA

🏫BANTUAN YURAN ASAS UNIVERSITI (BAYU) –RM4 JUTA

📝HIJRAH SELANGOR – RM15 JUTA

🎓PINJAMAN UNISEL DAN KUIS – RM35 JUTA

📚MELESTARIKAN PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR – RM29.2 JUTA

📒KURSI MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) – UPM – RM5 JUTA

📖TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR – RM8 JUTA

🚜SELANGOR BITARA – RM1 JUTA

 👩🏻‍🏫PUSAT TUISYEN RAKYAT (PTRS) – RM13 JUTA

🚖INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RIDE) – RM2 JUTA

💉MENANGANI PENYALAHGUNAAN DADAH – RM1 JUTA

0️⃣4️⃣ Strategi Keempat – Memperkasa Kemampanan Alam Sekitar, Sumber dan Rantaian Bekalan Makanan

✅Pembangunan Bekalan dan Penyelesaian Isu Pencemaran Air :

🚰PEMBANGUNAN PROJEK BEKALAN AIR – RM579 JUTA

💧SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE) – RM40 JUTA

🌊PENYELESAIAN ISU PENCEMARAN AIR – RM200 JUTA

🌫SKUAD PANTAS LUAS (RIVER PATROL)

💦FRIENDS OF RIVER – RM1 JUTA

🧪PENGURUSAN SISA PEPEJAL KAWASAN DESA – RM1 JUTA

✅Pertanian – RM26.4 Juta

🍔KEMUDAHAN PENYIMPANAN MAKANAN PKPS

🥦PERTANIAN KOMUNITI – RM500 RIBU

0️⃣5️⃣ Strategi Kelima – Merancakkan Pemulihan Ekonomi Dan Pembangunan Industri

🚨SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS) – RM11 JUTA

✈️PENGANJURAN SELANGOR AVIATION SHOWCASE 2021 – RM2 JUTA

🚌BAS SMART SELANGOR – RM25 JUTA

🏎PEMBANGUNAN YOUTH & SPORT CITY GDV – RM8 BILION

🚝PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR – RM170 JUTA

🚧PEMBINAAN JALAN BARU – RM36 JUTA

🚦PENINGKATAN ALIRAN TRAFIK – RM103.4 JUTA

🏖PEMBANGUNAN TEBATAN BANJIR – RM78 JUTA

🏞PEMBANGUNAN SISTEM SALIRAN – RM12.51 JUTA

🌄PENGURUSAN SALIRAN MESRA ALAM – RM18 JUTA

🌅PEMBANGUNAN BENTENG PANTAI – RM2.64 JUTA

🏗MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR PIHAK BERKUASA TEMPATAN – RM2.5 JUTA

🏘RUMAH SELANGORKU – 60 RIBU UNIT

🏡SKIM SMART SEWA – RM20 JUTA

🏚PROGRAM SMART SEWA TO OWNERSHIP (2STAY) – RM750 JUTA NILAI HARTANAH

Dengan perkongsian belanjawan Selangor 2021 di atas yang merangkumi 5 strategi semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua dan terutamanya warga Selangor, dengan memahami objektif penyaluran serta tunggak utama Belanjawan Selangor 2021. Semoga perbelanjaan dalam belanjawan 2021 tersebut dapat meningkatkan pembangunan sosial serta keperluan dan peningkatan dalam kemudahan juga ekonomi negara.

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Intipati Ringkas Belanjawan Selangor 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!