Inter Milan Juara Coppa Italia tewaskan Juventus. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.
Rekod baharu bagi pertandingan Coppa Italia apabila final menyaksikan 6 gol berjaya dijaringkan sejak As Roma membelasah Inter 6-2 pada tahun 2007.
Inter Milan juga melakukan aksi bertenaga dengan melakukan “comeback” menentang Juventus dalam aksi di Stadium Olimpico itu.
Inter bermula garang apabila pemain tengah Itali, Nicola Barella menjaringkan gol jarak jauh berkelas dunia seawal minit ke-6 untuk meletakkan Inter dihadapan. Gol Barella adalah jaringan terpantas dalam pentas Coppa Italia sejak tahun 2015.
Penjaga gawang Inter, Samir Handanovic beraksi cemerlang apabila banyak menidakkan percubaan dari Vlahovic dan Paulo Dybala yang mencari jaringan untuk menyamakan kedudukan di separuh masa pertama.
Masuk babak kedua, pasukan Allegri berjaya menyamakan kedudukan apabila Alex Sandro berjaya menjaringkan gol pada minit ke-50 menerusi rembatan luar kotak penalti. Namun Juventus tidak menunggu lama untuk dihadapan apabila Vlahovic pantas jaringkan gol pada minit ke-52.
Namun, Juventus melakukan kesilapan pada minit ke-80 apabila memberikan penalti kepada Inter selepas Lautaro Martinez dijatuhkan. Calhanoglu dengan mudah menjaringkan gol penalti untuk memaksa permainan ke tambahan masa.
Pada masa tambahan, Inter lebih garang menyerang dan serangan terhasil apabila Lautaro dikasari De Ligt dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberi sepakan penalti. Perisic dengan tenang menjaringkan gol penalti tersebut pada minit ke-99.
Perisic sekali lagi bertindak cemerlang apabila pada minit ke-109 menambah gol keempat yang menakjubkan dengan melakukan gelecekan sebelum merembat ke sudut atas dari tepi kotak untuk menewaskan pertahanan lawan yang berada di luar jangkauan.
Empat jaringan tersebut sudah cukup buat Inter untuk meraikan “comeback” dan malam gemilang menjulang trofi Coppa Italia tersebut.
Inter kini akan menentang Cagliari dan Sampdoria dalam dua perlawanan liga terakhir mereka ketika mereka mengejar kejuaraan berganda diperingkat domestik.
Related Posts
- Tempat Menarik Di Besut 2022 | Bukit Keluang, Kolam Air Panas La
- Bangkit Selepas Ketinggalan, Manchester City Menjuarai EPL Dengan Penuh Dramatik!
- Diberikan “Keistimewaan”! Kini Kylian Mbappe Terus Kekal Bersama PSG!
- Red Bull Leipzig “Terkejut” Juara DFB-Pokal! Hanya Bermain Dengan Sepuluh Pemain!
- Macam Bercinta! Ousmane Dembele Kini Dilamun Perasaan Perpindahan!