Home » Isu Semasa » Institut Latihan Memandu (ILP) Dibenarkan Beroperasi Mulai 9 September Ini

Institut Latihan Memandu (ILP) Dibenarkan Beroperasi Mulai 9 September Ini

INSTITUT MEMANDU DIBENARKAN BEROPERASI MULAI 9 SEPTEMBER 2021

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin mengumumkan bahawa Industri Latihan Pemanduan (ILP) Kenderaan Motor di seluruh negara dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara janji temu mulai 9 September 2021.

Walaupun Institut Memandu (IM) dibenarkan beroperasi mulai 9 September 2021, proses pengujian bagi mendapatkan lesen-lesen memandu berkaitan hanya akan bermula pada 17 September 2021. Tempoh masa ini diperuntukkan kepada pihak IM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bersedia sepenuhnya bagi mengelakkan isu-isu berbangkit yang boleh memberi kesan negatif kepada calon.

SOP Pengoperasi Institut Memandu Yang Ditetapkan Oleh MOT

Kebenaran yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini tertakluk kepada pematuhan perkara-perkara seperti berikut :

  1. Pematuhan sepenuhnya ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa yang berkuatkuasa;
  2. Pekerja, tenaga pengajar dan calon telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan kad pengenalan sebagai pembuktian;
  3. Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja berdasarkan peratusan (%) pekerja yang telah lengkap menerima vaksin.
  4. Sekiranya kadar peratusan pekerja yang lengkap menerima vaksin adalah 40%, maka kapasiti pekerja yang dibenarkan beroperasi adalah sebanyak 60%. Jika 60% lengkap menerima vaksin, 80% pekerja dibenar beroperasi. Syarikat dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100% sekiranya 80% pekerja lengkap menerima vaksin.
  5. Kehadiran mana-mana kakitangan/calon yang bergejala, sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ‘Person Under Surveillance’ (PUS) dan sedang dalam Perintah Kuarantin adalah tidak dibenarkan, dan;
  6. Mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pelaksanaan norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penyediaan ‘hand sanitizer’.

Baca juga: Lihat Cara Tukar Password MyBSN Online, Jika Anda Lupa Kata Laluan BSN

MOT ingin mengingatkan bahawa sebarang ketidakpatuhan SOP yang ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sumber: Siaran Media MOT, DS Dr Wee Ka Siong

Baca juga: Cara Untuk Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Institut Latihan Memandu (ILP) Dibenarkan Beroperasi Mulai 9 September Ini” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!