Home » Permohonan » Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah – Cara Mohon

Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah – Cara Mohon

Tahukah anda, KWSP boleh beri insentif RM480 setahun untuk suri rumah jika golongan suri rumah ini memilih untuk mencarum di bawah i-Suri KWSP.

Pelbagai faedah dan ganjaran yang akan diberikan KWSP kepada pencarum antaranya insentif, bantuan kematian dan dividen tahunan.

Faedah Caruman Suri Rumah

Faedah-faedah yang diberikan KWSP ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

  • Dapat sumbangan/ insentif kerajaan RM480
  • Boleh carum seberapa banyak amaun
  • Boleh keluar amaun tersebut bila-bila masa dengan syarat
  • Bantuan Hilang Upaya
  • Dapat bantuan kematian RM2,500.00
  • Dapat dividen (bonus) tahunan KWSP

Banyak betul kebaikkan yang KWSP akan berikan kepada sesiapa yang mencarum. Tak rugi pun kalau korang mohon.

Cara Permohonan

Untuk permohonan caruman i-Suri ini, mudah sahaja. Sila ikuti langkah di bawah :

  1. Buat pendaftaran ke cawangan KWSP yang berdekatan.
  2. Bawa MyKad & Borang KWSP 6A(2)
  3. Muat turun borang : Borang
  4. Pembayaran boleh dibuat di kaunter KWSP

Siapa yang Boleh Mohon?

Kelayakan permohonan adalah bagi golongan suri rumah yang sudah berdaftar dengan eKasih. Dan ianya terbuka kepada isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ketua Isi Rumah wanita.

Syarat Permohonan

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Bawah 60 tahun
  • Isteri kepada KIR/ atau Wanita KIR
  • Perlu carum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun

Info Lanjut

Tujuan caruman ini diperkenalkan adalah untuk membantu perjuangan suri rumah untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Semoga berjaya dalam permohonan anda.

Sebarang pertanyaan boleh layari website rasmi di www.kwsp.gov.my,

atau hubungi di talian 03-8922 600

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah – Cara Mohon” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes