Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), ia adalah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Kasih Ibu Smart Selangor IBU TUNGGAL adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu TUNGGAL di Selangor.
Menerusi program ini, peserta dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai , hanya menggunakan kad KISS Selangor).
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan seperti dibawah:
- Warganegara Malaysia dan
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun dan
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun / di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi / anak berstatus OKU (tiada had umur)
- Berpendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah
- Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar) / sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
Senarai barangan yang diluluskan:
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun dan bahan pencuci (detergent)
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.
Cara Mohon
Pendaftaran kini boleh dibuat melalui atas talian (online) di pautan laman web berikut:
https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/
Muat turun Borang:
Senarai Dokumen
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
- Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
- Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi seperti dibawah:
- https://www.kiss.com.my/
- 1800-22-6600
- [email protected]
- Tingkat 5,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor - Email: [email protected]
- Tel: 1800226600