KWSP iSaraan diwujudkan bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan. Ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.
Baca juga:
Senarai Kandungan
Tujuan i-Saraan:
Berikut adalah tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:
- Membantu golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meyakinkan orang yang bekerja sendiri untuk menabung dengan KWSP.
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.


Manfaat dan Faedah i-Saraan
Ini adalah antara manfaat yang akan diterima oleh mereka yang mencarum melalui i-Saraan.
- Menyediakan saluran untuk mereka yang tiada pendapatan tetap dan bekerja sendiri untuk membuat caruman.
- Boleh mencarum mengikut kemampuan kewangan.
- Boleh mengeluarkan simpanan bila-bila masa.
- Insentif 15% DARIPADA SIMPANAN. Terhad kepada 250 setahun.
- Menikmati dividen tahunan.

Syarat Kelayakan:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah tidak lebih dari 60 tahun.
- Pemohon mestilah orang yang bekerja sendiri.
- Pemohon mestilah telah membuat pilihan i-Saraan.
- Pemohon mestilah ahli KWSP.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000 atau isi Borang Pertanyaan Online