Bayaran Insentif Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata (KAP) ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengasuh-pengasuh yang berkelayakan dalam industri pengasuhan kanak-kanak di Malaysia. Baca perkongsian di bawah untuk maklumat yang lebih terperinci tentang insentif ini :
Faedah Yang Dapat
Peserta kursus akan memperolehi faedah, di bawah ialah faedah yang akan diperolehi oleh peserta kursus melalui bayaran insentif ini :
📒Yuran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP) peserta akan dibiayai menggunakan insentif ini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
📒 Menerima Sijil KAP setelah selesai menjalani kursus ini.
📒Diiktiraf sebagai pengasuh berdaftar.
Syarat Permohonan
Bagi anda yang ingin membuat permohonan, dibawah ialah kelayakan dan syaray untuk memohon bayaran insentif KAP ini :
✅Warganegara Malaysia
✅Individu yang berusia 18 tahun ke atas
✅Pengasuh di TASKA berdaftar yang belum hadir dan lulus KAP / KAAK
✅Individu yang berminat untuk bekerja dalam industri pengasuhan kanak-kanak.
Kaedah Pelaksanaan
Berikut adalah kaedah pelaksanaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak melalui insentif ini :
📲KAP dijalankan secara atas talian
📝Penilaian peserta adalah melalui peperiksaan dan praktikum
Cara Buat Permohonan
Bagi anda yang ingin membuat permohonan insentif bayaran KAP ini, anda perlu muat turun dan lengkapkan borang permohonan menerusi laman web ezi2care
📄Borang Permohonan Insentif Bayaran KAP
Berapa Jumlah Insentif Yang Dapat
Bagi yang telah membuat permohonan dan layak menerima insentif KAP ini, jumlah insentif yang diberikan adalah :
💰Kadar bayaran insentif KAP yang boleh diberikan adalah sebanyak RM900.00 seorang.
Kaedah Bayaran
Cara penyaluran peruntukan atau bayaran bantuan khas ini akan disalurkan melalui :
💸Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan insentif ini kepada agensi latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Senarai agensi latihan boleh didapati menerusi laman web ezi2care (http://ezi2care.jkm.gov.my/).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi ke :
📍Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan
☎️Menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999