Home » Bantuan » Permohonan Insentif & Kelayakan JaminKerja PERKESO

Permohonan Insentif & Kelayakan JaminKerja PERKESO

Untuk Makluman, PERKESO akan menyediakan inisiatif JaminKerja – Insentif Penggajian untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu Keluarga Malaysia, terutamanya golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja.

Apakah JaminKerja PERKESO?

  • Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang.
  • Kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Insentif JaminKerja Keluarga Malaysia

Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.

Baca juga: Bantuan Khas Wanita Yang Boleh Anda Mohon Dalam Bajet 2022

Insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah sebagai usaha menggalakkan wanita kembali bekerja.

Lain-lain Insentif

Bajet 2022 menunjukkan keperihatinan Kerajaan untuk terus melindungi golongan pekerja sendiri dan sektor informal di negara ini.

Bagi tahun 2022, antara inisiatif yang akan diteruskan adalah Program Geran Penuh atau Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dengan perluasan liputan perlindungan PERKESO kepada lebih banyak Orang Bekerja Sendiri (OBS) termasuklah golongan artis, orang asli dan penyelia dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti.

Bermula tahun 2022 juga, program SPS Lindung akan dijenamakan semula dan dipecahkan kepada 9 kategori baharu berdasarkan jenis pekerjaan OBS.

Pendekatan ini diambil bagi melindungi golongan pekerja yang mudah terjejas akibat pandemik COVID-19, sekaligus menambahbaik liputan perlindungan sosial di Malaysia.

Berikut disenaraikan perluasan dan penambahbaikan inisiatif PERKESO dalam Bajet 2022:

  • Perluasan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
  • Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
  • Kenaikan Had Minimum Pencen Keilatan
  • Kenaikan Had Siling Gaji Pencarum
  • Penyelaran Kadar Bantuan Faedah PERKESO

Baca juga: Cara Mohon Bantuan RM3000 – Download Borang Permohonan

Maklumat Lanjut

Anda boleh rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan:

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Permohonan Insentif & Kelayakan JaminKerja PERKESO” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes