Menerusi perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa dengan kerjasama melalui syarikat telekomunikasi mereka akan menyediakan perkhidmatan internet secara PERCUMA untuk semua pengguna telco yang terlibat.
Internet 1GB Percuma
Internet ini merangkumi 1GB percuma untuk semua pengguna dan kadar percuma tersebut akan dilanjutkan hingga 31 disember 2020.
Internet percuma sehingga 1GB dari 8 pagi hingga 6 petang bagi tujuan pendidikan, berita, dan persidangan video serta akses percuma tanpa had untuk laman web dan aplikasi COVID-19 seliaan kerajaan.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Terbus Internet PERCUMA Ikut Telco
#Maxis
Untuk Maxis pula anda perlu buat manual setiap hari untuk dapatkan 1GB percuma, data percuma ini seperti biasa boleh guna 8 pagi hingga 6 perang sahaja. lepas waktu ni kuota akan ditolak seperti biasa. Ikuti langkah dibawah untuk buat penebusan
- Maxis Postpaid
Aplikasi MyMaxis – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass” - Maxis Biz Postpaid
Aplikasi MyMaxis Biz – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass” - Hotlink Flex Postpaid
Aplikasi Hotlink Flex – Klik pada “Get More Data” dan pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass” - Hotlink Prepaid
Aplikasi Hotlink RED – Klik pada banner di muka utama dan pilih “FREE 1GB / Day Pass” atau aktifkan pas di bawah tab ‘Shop’.
#Celcom
- Untuk pengguna Celcom mahupun Xpax anda akan diberikan data 1GB percuma pada setiap hari tanpa sebarang penebusan.
- Ianya akan dimasukkan secara automatik bermula satu april hingglah 31 disember 2020 ini.
#DIGI
- Bagi pengguna DIGI anda perlu tebus sekali sahaja, selepas dari itu penebusan secara automatik akan diberikan kepada anda setiap hari.
- Untuk pascabayar anda boleh menebusnya melalui “Box of Surprise” melalui aplikasi MyDigi di smartphone anda atau guna kod *128#.
#Tune Talk
- Untuk Tune Talk pula, anda perlu register pertama kali bagi menerima dan pastikan syaratnya iaitu talian anda sentiasa aktif. Cara tebus adalah seperti berikut:
- Hantar SMS “STAYHOME” ke 2222. Anda akan menerima SMS yang menyatakan pendaftaran berjaya dan sattle.
#Umobile
Untuk U Mobile 1GB akan dapat untuk semua pelangga prabayar, pascabyaran, dan juga broadband. WeChat GO tiada. Pastikan talian anda aktif untuk terima data percuma.
Untuk aktifkanya anda perlu ikut step berikut :
- Prabayar: Dail 118*6# dan pilih Special Offer
Pascabayar: Dail 118*7# dan pilih Special Offer
#Unifi
- Untuk Unifi Mobile ada pas LTE Hotspot diberikan secara percuma dan 7 Hari data tanpa had dan tiada penebusan manual diperlukan, semuanya automatik.
Itu saja perkongsian untuk internet 1GB percuma ini, jika anda sebarang perubahan akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.