Berita baik bagi kaum wanita, sebanyak RM150 juta diperuntukkan bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.
Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia
Melalui inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada 2023, akan diberi bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM500.
“Bantuan itu akan diberikan kepada ibu saja,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2022.
Tujuan Bantuan
Bantuan ini diberikan dengan tujuan meningkatkan kadar kelahiran. Selain itu, ia juga disalurkan bagi membantu mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.
Belanjawan 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
Cara Mohon
Bakal diumumkan oleh Kerajaan dalam masa terdekat.
Baca juga: BKM 2023: Kadar Baharu Semak Kelayakkan Anda
Sebarang inisiatif dan manfaat yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2023, sila rujuk Bajet 2023: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/