Inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia 2022


Pada tahun 2022 ini, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Kerajaan telah menyediakan inisiatif bantuan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir selain itu Bantuan Keluarga Malaysia ini akan meringankan beban mangsa yang terbabit dengan banjir.

Secara keseluruhan, mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61,000.

Semoga semua bantuan Kerajaan ini akan dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara.⠀

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia:

Berikut adalah antara 6 inisiatif yang boleh dimohon dibawah batuan banjir keluarga Malaysia:


1) Bantuan Wang Ihsan (BWI).

  • Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.
  • Bayaran Bantuan Wang Ihsan tersebut telah mula diberikan sejak 27 Disember yang lalu, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir berbanding sebelum ini yang memakan masa 3 hingga 6 bulan.
  • Ini akan memanfaatkan lebih 45,000 Ketua Isi Rumah.
  • Angka yang akan menerima bantuan ini boleh bertambah ramai apabila kita selesai mengenal pasti mereka yang terkesan tetapi tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (atau PPS).
  • Setakat hari ini, seramai 20 ribu Ketua Isi Rumah telah menerima bantuan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Bantuan Wang Ihsan – Bantuan RM1,000 & RM5,000.

2) Bantuan Pembelian Barang Keperluan.


  • Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 ini dikhaskan bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.
  • Memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai ini khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.
  • Pemberian ini adalah khas untuk mereka yang mengalami kerosakan barangan akibat banjir.

3) Bantuan Baik Pulih Rumah.

  • Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas.
  • Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah.

4) Rebat Pembelian Barangan Eletrik.

Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir.


5) Rebat Bil Eletrik.

Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember.

6) Diskaun Baik Pulih Kenderaan / Penggantian Baharu Kenderaan.


  • Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta.
  • Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan.⠀
  • Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.

Baca juga: Perodua Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Akibat Banjir.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook  Kementerian Kewangan Malaysia.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3