Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian, Jabatan atau Yayasan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Selain itu, nampaknya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut memudahkan urusan ahlinya termasuk membenarkan pengeluaran simpanan sebelum umur 55 tahun.
Berikut adalah senarai pengeluaran yang boleh dibuat daripada simpanan KWSP sebelum umur 55 tahun:-
Pembiayaan Pendidikan
Bagi membantu hal ehwal pendidikan ahlinya, KWSP membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 bagi tujuan membiayai pendidikan diri sendiri, pasangan (suami/isteri), anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Kos yang layak untuk pembiayaan adalah
Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pendidikan atau jumlah baki pinjaman;
- Yuran asrama dan penginapan
Penerbangan sehala untuk pelajar tahun satu yang belajar di luar wilayah/luar negara.
Beli sebuah rumah
KWSP juga membenarkan ahli membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah. Pembelian rumah tersebut termasuk daripada pemaju, individu atau unit lelong.
Rumah kediaman yang dibenarkan ialah banglo/teres/rumah berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio/pangsapuri servis/rumah bandar/SOHO atau rumah kedai yang mempunyai unit kediaman di Malaysia.
Bina rumah
Untuk membantu ahli membina rumah impian mereka, KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membiayai pembinaan rumah. Pembinaan rumah termasuk sama ada dengan pembelian tanah atau di atas tanah milik.
Kurangkan atau Selesaikan Baki Pinjaman Rumah
Bagi mereka yang ingin mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan, mereka dibenarkan membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 2 KWSP.
Antara syarat utama ialah
Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
- Umur di bawah 55 tahun
- Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
- Telah membeli/membina rumah kediaman
- Ahli telah berdaftar sebagai pemilik rumah
- Rumah kediaman dikenakan cagaran
- Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan
- Permohonan dibuat setahun sekali dari tarikh permohonan sebelumnya
Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang diberi kuasa.
Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran untuk perkara di atas, permohonan boleh dibuat secara online melalui i-Akaun KWSP atau melalui kaunter KWSP berhampiran. Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut