Ini Senarai Bantuan Kewangan RM100 Hingga RM1,000 Akan Dibayar Mulai 1 Hingga 10 Februari Ini !!


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Salah satunya melalui bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Mohon juga Bantuan  :

Ini Adalah Senarai Penerima Bantuan Kewangan BMT RM800 Fasa 2 Dan Fasa 3 : Akan Dibayar Bulan Ini!

Permohonan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2023 : Mohon Sini !

Elaun bulanan jabatan akan dibayar dari 1 hingga 10 haribulan setiap bulan. Ini adalah senarai lanjut geran bulanan JKM:-

Bantuan Am Persekutuan dan Negeri

Bantuan Am Persekutuan melibatkan kadar RM100 hingga RM350 sebulan. Manakala kadar Bantuan Am Negeri pula adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Bantuan Kanak-Kanak


Bantuan Kanak-Kanak atau BKK ialah bantuan kewangan untuk membantu keluarga/pengasuh kepada anak/anak atau membantu anak/anak tanpa/kehilangan penjaga agar mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan terus bertahan tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak mengikut ke tahap.

Jumlah bantuan yang ditetapkan ialah RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan.

Bantuan Anak Angkat

Bantuan ini juga diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, anak yatim/yatim piatu, yang tiada saudara mara agar dapat terus hidup bermasyarakat bersama keluarga angkat.

Kadar bantuan adalah sebanyak RM250 sebulan setiap kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan untuk keluarga yang menjaga 2 atau lebih anak.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bagi membantu warga emas yang memerlukan, JKM telah memperkenalkan bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan kepada golongan berkenaan. Bantuan BWE diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

EPOKU adalah insentif yang diberikan untuk menggalakkan golongan OKU terus bekerja, di samping dapat hidup berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang produktif. Kadar elaun ialah RM450 sebulan.

Cara memohon

Bagi yang memerlukan dan ingin membuat permohonan, syarat kelayakan boleh dirujuk di portal rasmi JKM.

Permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk maklumat Lanjut Berkenan Bantuan : RUJUK SINI  RUJUK E BANTUAN


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3