Home » Isu Semasa » Ini Penjelasan Kenapa Pengasuh Sorok Bayi Dalam Peti Sejuk Hanya Dipenjara 6 Tahun.

Ini Penjelasan Kenapa Pengasuh Sorok Bayi Dalam Peti Sejuk Hanya Dipenjara 6 Tahun.

Satu ketika dahulu, seluruh Malaysia digemparkan dengan berita penemuan mayat bayi lelaki berusia lima bulan di dalam peti sejuk beku di rumah pengasuhnya di Batu Caves, Selangor.

Bermulanya kisah tersebut apabila pengasuh mendakwa Adam telah diambil oleh seorang lelaki yang disangkakan bapa kepada bayi itu pada jam 7 malam tersebut tetapi bila dikenalpasti bahawa bukan ayahnya yang datang mengambil bayi tersebut.

Pada awalnya bayi itu disangkakan diambil oleh orang tidak dikenali dan kehilangan bayi itu tular di media sosial dan misi pencarian dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Hasil siasatan lanjut, bayi dijumpai di dalam peti sejuk beku, yang mana mayat ditemui lengkap berpakaian, berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam di bahagian otak serta keretakan pada tempurung kepala.

Disebabkan itu, polis menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun untuk siastan lanjut tetapi selepas siasatan dijalankan rakan serumah pengasuh terbabit dibebaskan dengan jaminan polis kerana tiada kaitan dengan kes itu.

Pengasuh didakwa atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi berusia lima bulan di rumahnya di Kampung Nakhoda, Selangor.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara selama enam tahun kepada tertuduh dan Peguam mewakili Noor Aqilah mengesahkan anak guamnya telah membayar denda sebanyak RM10,000 serta melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam.

Kes ini pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 302 iaitu membunuh namun setelah selesai siasatan dari pihak Polis , Kementerian Kesihatan dan lain-lain pihak berkenaan, kes telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak Atas pertuduhan ” Menganiaya hingga menyebabkab kecederaan”.

Ini penjelasan dari pihak peguam tentang kes ini:

Melalui penyataan dari pengasuh bahawa dia terjatuh di bilik air bersama bayi yang dipegang selepas pengasuh memandikan bayi. Bayi menangis namun tiada kecederaan luaran yang kelihatan. Kenyataan ini selari dengan laporan post- mortem . Ini menjelaskan bahawa punca kematian adalah kecederaan dalaman.

Pengasuh kemudian memujuk bayi dan memberinya susu lalu bayi pun berhenti menangis dan tertido tetapi semasa dalam tidur bayi terbatuk-batuk dan keluar cecair jernih dari hidung. Pengasuh cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi gagal, bayi dijangka meninggal sekitar jam tersebut.

Dalam keadaan panik, pengasuh ni telah menyembunyikan jenazah dalam peti sejuk mengatakan bahawa bayi diambil oleh orang lain.

Pada petang yang sama, pengasuh rasa bersalah dan sedar akan kesalahannya. Pengasuh telah menyerah diri di balai polis dan terus memberitahu polis di mana jenazah berada. Ini diakui oleh mahkamah dan selari dengan dokumen pihak polis.Jenazah telah dijumpai hasil tunjuk arah oleh pengasuh sendiri.
Berdasarkan penyataan di atas dan setelah dihujah oleh pihak Peguam, pendakwaraya telah meminda pertuduhan dari “menganiaya hingga menyebabkan kecederaan” kepada “mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan”
Jadi, disini jelas bahawa tertuduh bukanlah berniat membunuh atau menyebabkan kematian, tetapi menyebabkan kecederaan kerana pengasuh tersebut tidak membuat sebarang tindakan aktif untuk membunuh tetapi terlibat dalam kemalangan bersama bayi kerana keadaan lantai bilik air yang licin.
Disclaimers – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Ini Penjelasan Kenapa Pengasuh Sorok Bayi Dalam Peti Sejuk Hanya Dipenjara 6 Tahun.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes