Adakah anda tahu bahawa pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad? Jangan risau, perbuatan ini sangat selamat dan amat berguna ketika dalam kecemasan.
Untuk pengetahuan anda, Maybank merupakan bank yang mempunyai perkhidmatan Cardless Withdrawal dimana membolehkan pelanggan Bank ini untuk melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dengan mudah.
Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
Kami dari Portal Malaysia ini berkongsi cara keluarkan duit tanpa kad.
Baca Juga : BPR Fasa 2 – Tarikh & Jumlah Pembayaran RM150- RM600 Mengikut Kelayakan
Perkara ini merupakan salah satu cara yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak membawa kad ATM anda.
Adakah cara ini selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih tidak percaya dengan perkhidmatan ini.
Untuk pengguanaan perkhidmatan ini pengguna harus mengisi maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi ini telah ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.
Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank
Baca Juga : Program Bakul Makanan RM100: Cara Mohon dari JKM 2021
Boleh ikuti gambar step by step di bawah ini ya:
Mula-mula pastikan anda ada Maybank2u Apps seperti di bawah ini.
Selepas itu boleh tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.
Boleh pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.
Isi nama dan butiran lanjut seperti di bawah:
Selepas itu, anda boleh pilih berapa amaun yang anda ingin keluarkan.
Anda akan menerima notifikasi seperti dibawah.
Setelah anda berada di ATM, anda akan menerima ID/KOD, boleh ikut 2 langkah mudah ini:
- Masukkan ID 16 digit yang anda terima
- Masukkan kod 6 digit di mesin ATM
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Cardless Withdrawal dengan Maybank, boleh rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia di sini: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/funds_transfer/local/Cardless_withdrawal.page?