Impian Harimau Muda Semakin Kabur!


Peluang skuad Malaysia untuk layak ke Piala Dunia B-20 2023 tipis selepas dibelasah Korea Selatan 2-6 di Pusat Sukan MFF, Ulaanbaatar, Mongolia.


Skuad kendalian Hassan Sazali Waras itu pada awalnya memberi saingan hebat apabila menutup separuh masa pertama di kedudukan 0-1.

Malah, skuad B-19 Malaysia mengejutkan Korea Selatan dengan kepantasan serangan balas menerusi Adam Farhan Faizal disusuli kelincahan Aliff Izwan Yuslan menjadikan 2-3.

Sila Baca Disini : Nafuzi Zain Bakal Tinggalkan Terengganu?


Impian Harimau Muda Semakin Kabur!

Tetapi tindakan ketua pasukan, Aysar Hadi Shapri yang menengking penjaga garisan kerana memberikan sepakan penjuru kepada lawan pada minit ke-66 mengundang kad kuning kedua dan sejak itu, Korea terus selesa menambah gol demi gol.

“Kami perlukan skuad penuh untuk menghadapi pasukan seperti Korea ini. Tapi tiba-tiba selepas menjaringkan gol, kami mengutip kad merah.

“Sukar untuk bermain menentang Korea apabila kami bermain dengan 10 pemain. Segala perancangan menjadi musnah apabila bermain dengan 10 pemain.


“Saya berasa kesal dengan situasi ini. Saya kerap mengingatkan pemain agar lebih fokus tetapi ia berlaku.

“Jadi ia menggambarkan keburukan untuk saya dan perlawanan ini.

“Memang kami merancang untuk menyerang balas. Korea gemar menyerang jadi kami cuba padatkan zon kami dan menyerang balas.


“Kami dapat melakukan taktikal itu tapi sebaik hilang seorang pemain, segala taktikal menjadi musnah,” katanya Hassan Sazali selepas perlawanan.

Peluang Malaysia yang menyudahkan saingan Kumpulan E di tempat kedua tampak skuar apabila kini di tangga kelima dalam kalangan lima naib juara terbaik sebagai tiket terakhir ke pusingan akhir di Uzbekistan tahun depan.

“Korea berhak memenangi perlawanan ini. Mereka sebuah pasukan yang sangat bagus. Dengan keputusan 6-2, kami fikir ia satu jurang yang bagus buat kami.


“Kami mahukan slot lima pasukan terbaik di tempat kedua untuk semua kumpulan. Kini kami perlu tunggu keputusan kumpulan lain, semua pasukan berpeluang.

“Kami mengutip empat mata dalam kejohanan ini dan melepaskan tujuh gol. Kami hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja.”




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3