Imej ‘simple’ walau pelakon popular sejak kecil, Erynne dipuji netizen


Tentu anda masih ingat lagi pelakon kanak-kanak dikenali sebagai Erynne Erynne atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah yang mana selebriti ini sentiasa mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai watak kanak-kanak. Bakat Erynne Erynn ketika itu juga cukup dikagumi penonton.

Walaupun kini mencecah usia 25 tahun, Erynne Erynn masih lagi seorang pelakon kanak-kanak yang sentiasa diingati ramai. Mana tidaknya, pelakon ini bukan sahaja terlibat dalam drama tetapi dia juga hebat dalam filem. Malah, antara wataknya yang meninggalkan kesan ialah ketika Erynne Erynn membintangi filem Congkak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna)

Namun, umum mengetahui bahawa Erynne Erynne juga telah mempunyai seorang anak perempuan. Gelagatnya sering menjadi tumpuan peminat apabila wajah Erynne Erynn yang dikatakan tidak ubah, kecomelannya membuatkan dia dan anaknya seperti adik beradik.

Menerusi rakaman video terbaru yang dikongsikan oleh Erynne Erynne, bukan sahaja gelagat dan cahaya matanya menjadi bualan ramai, malah ramai tertumpu kepada imejnya yang walaupun bergelar pelakon popular sejak kecil, namun tetap sederhana.

Muat naik pelakon kesukaan ramai ini diruangan Instagram peribadinya itu membuatkan imej Erynne Erynna juga menjadi bualan diruangan komen kerana peminat suka dengan gayanya yang simple itu.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3