Menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang mampan di peringkat isi rumah, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan sebuah skim baharu, iaitu Iltizam Anak Selangor yang akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.
Seramai 30 ribu anak-anak yang memohon untuk bantuan ini akan diberikan RM500 dalam tempoh 5 tahun.
Apakah Skim Iltizam Anak Selangor?
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu yang diperkenalkan dalam Belanjawan Selangor 2022 yang akan memanfaatkan seramai 30 ribu pemohon.
Buat anak-anak Selangor yang baru lahir, sebanyak RM100 akan diberikan setiap tahun selama 5 tahun menerusi akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Baca juga: Senarai Bantuan Rakyat Selangor Belanjawan Selangor Tahun 2022
Bagaimana Cara Memohon Skim Bantuan Iltizam Anak Selangor?
Buat masa ini, permohonan Skim Bantuan Iltizam Anak Selangor masih belum diumumkan secara terperinci.
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi saluran berikut untuk pertanyaan lanjut:
- Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- PTPTN Careline: 03-21933000
- www.ptptn.gov.my
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
- Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih