Ikhsan Fandi Wira Singapura Tumbangkan Harimau Malaya!

The Lions Benam Momentum Harimau Malaya! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Ikhsan Fandi menjadi pemusnah impian Malaysia untuk mengekalkan momentum kemenangan dengan dua jaringan golnya berjaya menundukkan skuad Harimau Malaya.

Ikhsan Fandi Wira Singapura Tumbangkan Harimau Malaya! 10

Walaupun skuad Singapura masih belum menjumpai ketua jurulatih namun Singapura menggunakan pendekatan menyerang dan mencuba taktikal baharu semasa menentang musuh tradisi Malaysia pada hari semalam. Keputusan meletakkan Ikhsan Fandi sebagai penyerang ternyata menjadi senjata utama skuad Singapura.

Ikhsan Fandi Wira Singapura Tumbangkan Harimau Malaya! 11

Penyerang berusia 22 tahun itu yang menjadi antara pemain penting bersama skuad senior sejak melakukan debut pada tahun 2019 telah menjaringkan dua gol yang menakjubkan untuk membantu ‘The Lions’ menang 2 berbalas 1 menentang Malaysia dalam siri perlawanan persahabatan FAS Tri-Nation Series di Stadium Nasional,Singapura.

[the_ad id=”21122″]

Di dalam perlawanan yang ditekan dan didominasi oleh Malaysia walaupun dihadapan 14,896 penyokong sendiri, Ikhsan tetap menampilkan aksi yang meyakinkan dan terus memadam semangat skuad lawan yang tampak tidak putus putus mengasak permainan dan Ikhsan telah menaikkan moral tinggi buat penyokong sendiri sejak persembahan terbaik beliau di piala AFF Suzuki lepas.

Ikhsan Fandi Wira Singapura Tumbangkan Harimau Malaya! 12

“Kami berjuang dengan susah payah walaupun mendapat kemenangan tipis. Setiap pemain yang bermain,mereka pasti memberikan 100 peratus usaha untuk memenangi perlawanan ini, saya sangat bangga dengan anak buah saya” ujar ketua jurulatih sementara,Nazri Nasir. Beliau yang mengemudi skuad Singapura selepas Tatsuma Yoshida yang meletak jawatan sebagai jurulatih pasukan selepas piala AFF Suzuki untuk kembali ke negara kelahiran, Jepun.

Ikhsan Fandi Wira Singapura Tumbangkan Harimau Malaya! 13

“Kami tahu Malaysia akan bermain dengan sangat pantas tetapi kami mempunyai pemain veteran berpengalaman seperti Harris(Harun), Shadan(Sulaiman) dan Zulfahmi(Arifin) di atas padang jadi kami memberi arahan supaya untuk sentiasa pegang bola,bermain dengan rentak kita sendiri dan tidak mengikut rentak permainan lawan. Walaubagaimana pun,kami berhasil untuk menjaringkan mencipta peluang buat Ikhsan untuk menjaringkan dua gol.” ujar beliau lagi.

Ikhsan Fandi yang bermain di liga utama Thailand menerusi kelab BG Pathum United telah mewakili skuad Singapura sebanyak 26 caps dan telah menjaringkan 13 goal secara keseluruhan.

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3