Ifa Raziah Bergelek Selepas Akikah, Dibayar RM20,000 Untuk Persembahan


Seorang Artis versatil Ifa Raziah tampil memberi penjelasan tentang dakwaan perbuatannya bergelek sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini yang mendapat kecaman.

 

Baca juga artikel ini : Tindakan Wanita Didakwa Berpakaian Ihram Seperti Lelaki Ketika Umrah Tidak Berakal

 

Kena berdiri tegak ke?

 

 

Ifa menegaskan juga yang dia menyanyi dan menari ketika majlis ulang tahun perkahwinan yang diadakan pada waktu yang sama. Difahamkan, majlis akikah telah diadakan pada awal majlis iaitu pada waktu maghrib hingga ke isyak.


Akikah pada awal majlis, semasa maghrib hingga isyak. Telah selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.

Lagi pun saya seorang penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak juga ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan

 

Cara saya cari makan

 

 

Pada waktu itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustaph menganggap tidak perlu timbul isu besar memandangkan dia hanya menjalankan tugas sebagai penyanyi dangdut namun dibayar sebanyak RM20,000 wang malaysia.


Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.

Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Warganet tidak tahu apa-apa kemudian timbul salah faham.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3