Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home KWSP

iSuri KWSP – Cara Daftar Dan Dapat Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah

portalmalaysia by portalmalaysia
January 8, 2021
in KWSP, Bantuan
Reading Time: 3min read
7
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

iSuri untuk suri rumah,  seperti yang kita tahu, suri rumah adalah mak-mak yang tidak bekerja di luar tetapi ‘bekerja’ di dalam rumah dalam menguruskan anak-anak dan rumah tangga, mereka ini tiada sumber pendapatan tetap. Perbelanjaan rumah didapati dari hasil suami mereka yang keluar bekerja.

cara daftar isuri kwsp

ArtikelBerkaitan

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

🔍Oleh itu, kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah turut mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka atau di masa tua mereka.

🔍Pelbagai faedah yang akan mereka dapat melalui skim i-Suri dari KWSP ini. Antaranya mereka dapat menabung dan juga dapat menikmati pelbagai dividen tahunan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca dibawah ini.

Apakah itu iSuri kwsp?

🧕Menurut laman rasmi KWSP, i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.

🧕I-suri juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP. Tapi tertakluk pada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.

Manfaat i-Suri

💰Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya

💰Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

💰Menerima dividen tahunan KWSP

💰Bantuan Kematian: RM2,500

📌** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

📌*Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Syarat Kelayakkan

Ada beberapa syarat telah ditetapkan untuk anda memohon i-Suri ini, tak cukup syarat yang diberi berkemungkinan permohonan anda tidak akan lulus, antara syaratnya adalah.

✅Warganegara Malaysia.

✅Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.

✅Belum mencapai umur 60 tahun.

✅Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

✅Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).

Tambahan : Suri rumah hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Siapa Yang Boleh Mencarum :

🧕Diri sendiri (isteri)

🤵Suami kepada pasangan yang layak

Had Bayaran

Had bayaran ni seperti berapa minimum dan maksimum had bayaran jika anda daftar dalam i-suri

📉Minimum (RM sahaja): Tiada had

📈Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Manfaat Caruman Sukarela

🎁Dapat dividen tahunan

🎁Dapat Bantuan Hilang Upaya

🎁Dapat Bantuan Kematian

🎁Pengeluaran Simpanan

🎁Insentif Kerajaan

*Manfaat jika anda ahli KWSP – dapat menikmati dividen tahunan, dan layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 setahun

Cara Mohon / Daftar

Jika anda merupakan individu yang layak, boleh baut permohonan atau pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan

Nak bawa apa masa pergi daftar?

📜Mykad

📜Borang :

✏️i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)

✏️i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Kenapakah terdapat Insentif Suri (i-Suri)?

+ Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.

Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?

+ KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.

Saluran Pembayaran Caruman

📤Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank, PB, RHB Bank, Bank Muamalat, Cimb Bank

📤Kaunter Ejen Bank : Tunai/Cek seperti di BSN, Maybank, PB, dan RHB Bank

📤Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN

📤Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Maklumat Lanjut

Berkenaan I- Suri

☎️Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)

Bekenaan Kelayakan Insentif i-Suri

☎️Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)

Penafian – Semua artikel kami share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “iSuri KWSP – Cara Daftar Dan Dapat Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Source: Insentif Suri KWSP

Comments 7

  1. Sakinah Ahmad says:
    8 months ago

    Kalau ibu yang menjaga anak tanpa suami boleh mohon juga ke?

    Reply
  2. JENNYFFER JACKSON PAUTIL says:
    8 months ago

    Kewagan sy sangat ingin ..sy ibu TUNGGAL tanggung 3anak 1kecil g baru 1thun lbih harap dapt Bantu sy

    Reply
  3. JENNYFFER JACKSON PAUTIL says:
    8 months ago

    Sy x dapat kluar kerja sebab x Ada org haha anak sy sendiri jaga

    Reply
  4. Saptuyah binti Edi says:
    8 months ago

    Minta di lulus dengan segera

    Reply
  5. Saptuyah binti Edi says:
    8 months ago

    Ibu tunggal …layak ke tidak mendapat i-suri

    Reply
  6. Saptuyah binti Edi says:
    8 months ago

    Apa kh maksud i- suri

    Reply
  7. Lee Ming Bao says:
    8 months ago

    I-suri KWSP

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger