i-Suri KWSP: Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah B40 ~ Semak Sini

Permohonan bantuan Wanita/Suri Rumah, terima insentif RM480 setahun. Wanita/suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum kepada KWSP dengan insentif istimewa di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan memastikan kesejahteraan suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak manfaat dalam i-suri KWSP.

Antaranya, suri rumah akan menerima insentif sumbangan sebanyak RM480 yang telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun berikutnya. Selain itu, bantuan kematian turut disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500. Anda boleh mendaftar KWSP i-Suri dengan memuat turun borang permohonan melalui laman web rasmi KWSP.

Untuk maklumat berkaitan i-Suri KWSP termasuk syarat, kelayakan, faedah, kaedah pembayaran dan pendaftaran akan dikongsikan seperti berikut.

CARA DAFTAR I-SURI KWSP

Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:

  • MyKad
  • Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
  • Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
  • Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
  • Belum mencapai umur 60 tahun.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

FAEDAH I-SURI KWSP

  • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2500

Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
  • KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.

CARA BAYARAN

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB

Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan caruman kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh pertama tempoh (Januari hingga Jun) dan separuh kedua tempoh (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang yang didermakan akan dimasukkan ke dalam akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan dan Akaun 2.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web www.kwsp.gov.my

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3