Home » Isu Semasa » i-Sinar Kategori 2 : Permohonan i Sinar Kategori 2 Boleh Mula Dibuat Hari Ini

i-Sinar Kategori 2 : Permohonan i Sinar Kategori 2 Boleh Mula Dibuat Hari Ini

Kategori 2 ini adalah untuk Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (ini termasuklah jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Bila Tarikh Permohonan i-Sinar Kategori 2?

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi permohonan kategori 2 boleh mula dibuat bermula 11 Januari 2021 (ISNIN) dan dokumen sokongan perlu disertakan bagi permohoan kategori ini. Cara buat permohonan dan semakan boleh ruju isinar tutorial kami sediakan ini.

CARA MOHON i-Sinar Kategori 2 Boleh Rujuk Dibawah.

 
Untuk permohonan baru, sila ketik pada pautan  “PERMOHONAN BARU”
 
Kalu dah mohon (semasa Kategori 1) tapi masih DIPROSES ataupun pihak kwsp mintak dokumen sokongan pergi ke pautan “SEMAK STATUS PERMOHONAN”, dan ketikh “KEMASKINI PERMOHONAN”.
 
👉 Pautan Link i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my/
 
Dibawah adalah step-by-step yang boleh korang follow untuk mohon bagi kategori 2 ini.
 
0️⃣1️⃣ First boleh pilih YA bagi Kategori 1 ataupun TIDAK bagi Kategori 2, jangan silap part ni, baca dulu persoalan dia kemukakan tersebut.
 
0️⃣2️⃣ Dah sattle isi semua ke bahagian seterusnya korang tengok amaun yang layak dan pilih la mana-mana yang dikehendaki
 
0️⃣3️⃣ Dah pilih tadi set pula jadual pembayaran nak dibuat.
 
0️⃣4️⃣ Semak semula maklumat pemohon kot ada salah dimana-mana.
 
0️⃣5️⃣ Ni part masukan dokumen-dokumen anda. tak tahu cara muat naik boleh rujuk sini (Cara muat naik dokumen sokongan)
 
👉 Dalam part ni upload slip pendapatan SEBELUM pengurangan.
 
– ekan TAMBAH FAIL untuk menambah kotak muat naik.
 
👉– Seterusnya upload pula pendapatan SELEPAS pengurangan.
 
– ekan TAMBAH FAIL untuk menambah kotak muat naik.
 
👉Tekan Pilih Fail untuk pilih dan muat naik dokumen-dokumen sokongan. seperti notis ke apa2 yang seangkatan dengannya.
 
0️⃣6️⃣ Dah sattle semak semula.
 
0️⃣7️⃣ Dah semak dan puas hati serta yakin dengan semua maklumat yang anda isi terus ketik HANTAR.
 
0️⃣8️⃣ Macam baisa last part cetak la permohoan anda ni untuk buat rujukan kelak. dan tunggu fasa semakkan nanti.

Persoalan & Jawapan

Apa Dokumen Perlu Disediakan Sebelum Mohon i-Sinar Kategori 2?

Anda perlu bersedia dengan dokumen sokongan sebagai bukti pengurangan pendapatan keseluruhan seperti;
👉 Slip/ Penyata gaji SEBELUM pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh permohonan); DAN
👉 Slip/ Penyata gaji SELEPAS pengurangan pendapatan keseluruhan (gaji, elaun tetap, elaun kerja lebih masa, elaun lain, tidak termasuk bonus antara bulan April 2020 sehingga bulan permohonan; DAN
👉 Notis Pengesahan Majikan berkenaan pemotongan gaji dan/atau elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ ATAU
👉 Dokumen sokongan lain yang membuktikan pengurangan pendapatan seperti penyata bank

Perlu Ke Hantar Dokumen Sokong Jika Dah Buat Permohonan Pada Disember 2020?

👉Permohonan sebelum 11 Januari 2021 adalah untuk pemohon di bawah Kategori 1 yang tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan.
👉Jika status semakan permohonan di i-Sinar Online meminta anda untuk memohon di bawah kategori 2, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan pengurangan pendapatan keseluruhan melebihi 30% di i-Sinar Online bermula 11 Januari 2021 untuk diproses

Dah Muat Naik Dokumen Sokongan TETAPI Diminta Untuk Muat Naik Semula, Kenapa Ya?

Anda akan diminta untuk memuat naik semula dokumen sokongan atau tambahan sekiranya dokumen terdahulu yang dimuat naik;
👉tidak jelas;
👉tidak lengkap;
👉tidak berkaitan;
Dokumen ini perlu anda muat naik sebelum 30 Jun 2021 bagi memudahkan proses seterusnya.

Saya bekerja dalam sektor tidak formal (seperti: bekerja sendiri, penghantar makanan, pemandu e-Hailing, Freelancer) dan pendapatan saya terjejas. Apakah dokumen sokongan yang boleh saya kemukakan?

Sekiranya pendapatan anda terjejas melebihi 30%, anda boleh memohon i-Sinar di bawah Kategori 2 dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti Penyata Bank/ apa-apa bentuk rekod yang menunjukkan SEBELUM dan SELEPAS pendapatan terjejas.

Contoh:Encik Ali merupakan peniaga di pasar tani. Pendapatannya terjejas mulai April 2020. Beliau memohon i-Sinar pada Januari 2021Penyata Bank yang perlu beliau dikemukakan adalah bagi bulan berikut:

👉Pilih salah SATU (1) bulan SEBELUM pendapatan terjejas (SATU bulan dalam tempoh 12 bulan di antara bulan April 2019 sehingga Mac 2020)
👉Pilih salah SATU (1) bulan SELEPAS pendapatan terjejas (SATU bulan selepas bulan April 2020 sehingga bulan Januari 2021)

👉Rujukan lanjut berkaitan FAQ i-Sinar Kategori 2 boleh ruju https://isinar.kwsp.gov.my/faq

Bila Pembayaran i-Sinar Ketegori 2 Dibuat?

  1. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  2. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  3. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Tarikh-Tarikh Penting i-Sinar

  • Permohonan Kategori 1 – 21 Disember 2021
  • Permohonan Kategori 2 – 11 Januari 2021
  • Permohonan Tamat – 30 Jun 2021

Lain-lain bantuan seperti BPN (Bantuan Prihatin Nasional), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) turut akan dilaksankana oleh kerajaan tidak lama lagi.

Penafian – Bahan artikel kami share diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “i-Sinar Kategori 2 : Permohonan i Sinar Kategori 2 Boleh Mula Dibuat Hari Ini” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!