Ramai yang tak sabar-sabar dan tertanya-tanya bila duit i-Sinar akan masuk ke dalam akaun bank. Jangan risau, duit akan tetap akan masuk. Mungkin lambat disebabkan bank anda atau akan masuk secara berperingkat.
Portal Malaysia akan kongsikan kepada anda serba sedikit mengenai i-Sinar & i-Akaun KWSP ini.
I Sinar Dah Masuk
Kebanyakkan ahli yang dah masuk hari ini adalah daripada Kategori 2 i-Sinar. Yang buat pindaan akan masuk secara berperingkat pada pertengahan bulan ini bermula pada hari ini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bagi mereka yang pakai akaun bank BSN, Maybank, CIMB dan lain-lain, kemungkinan duit akan masuk pada belah petang.
Jika nak tahu tarikh kemasukan yang betul i-Sinar anda, anda hanya perlu semak melalui i-Akaun anda sahaja.
Cara Semak Status Kemasukan Duit i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP
Untuk lebih mudah, anda disarankan untuk semak kemasukan duit i-sinar melalui i-Akaun KWSP. Ikuti langkah-langkah berikut :
- Layari portal rasmi KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Sila Log In (Log masuk) i-Akaun KWSP
- Tekan pada peti mesej (inbox)
- Status permohonan akan dipaparkan
- Jika ingin semak status kemasukan duit i-Sinar atau i-Lestari, klik pada Withdrawal > Withdrawal History
- Anda kini boleh lihat Tarikh kemasukan duit & Amaun Bayaran
Cara Semakan I Sinar KWSP Kategori 2
Untuk membuat semakan, ahli yang telah memohon boleh semak secara online. Untuk semakan online, sila ikuti langkah di bawah :
Cara Semakan i-SinarBilakah Bayaran Kemasukan Bagi Pindaan Akaun
Sekiranya permohonan pindaan amaun i-Sinar diluluskan, proses tersebut akan lulus dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja.
Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu
Bagi mereka yang masih belum memohon i-Sinar, jangan risau, permohonan i-Sinar tamat pada 30 Jun 2021.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.
Sumber : KWSP