Home » Isu Semasa » i-Sinar 2.0 Bakal Dilaksanakan?

i-Sinar 2.0 Bakal Dilaksanakan?

Ramai pihak menggesa kerajaan untuk wujudkan i-Sinar 2.0 atau i-Sinar Plus bagi membantu rakyat yang mengeluh dengan kesempitan hidup gara-gara ‘Total Loackdwon’ PKP ini.

Sebelum ini, pelaksanaa Program i-Sinar & i-Lestari mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai pihak kerana telah membuka harapan baru kepada rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, program-program tersebut telah ditamatkan pada Mac & Jun yang lalu. PKP masih bersambung, bantuan tidak dapat, iLestari & iSinar dah tamat. Jadi bagaimanakah nasib rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 & M40?

i-Sinar 2.0 (iSinar Plus)

Pelbagai pihak menggesa kerajaan membenarkan pencarum untuk meneruskan atau membuat program iSinar 2.0 & i-Lestari 2.0 semasa total lockdown ini.

Menurut Tengku Zafrul dalam laman Facebook nya, beliau memberi ‘hint’mengenai isu ini dan kemungkinan kerajaan akan meneruskan i-Sinar & moratorium menyeluruh buat semua rakyat Malaysia.

tengku zafrul i sinar 2.0

*Update : Kerajaan baru sahaja mengumumkan program terbaru iaitu i-Citra KWSP. Program terbaru ini diperkenalkan selepas tamatnya program i-Sinar. Harap maklum.

Sama-sama kita nantikan berita baik ini.

Portal Malaysia akan update info-info terkini dari semasa ke semasa.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

KWSP Masih Mampu Melaksanakan iSinar 2.0

Menurut pakar ekonomi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Barjoyai, KWSP masih mampu & mempunyai dana yang mencukupi.

Beliau berpendapat : “Saya rasa KWSP masih mampu membuat i-Sinar 2.0 & i-Lestari 2.0 walaupun harga saham pasaran agak rendah ketika ini.”

Beliau menambah, aset KWSP masih kukuh & pelaksanaan ini dapat membantu rakyat  dalam jangka masa pendek.

Bantuan Kerajaan

Baru-baru ini juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan PKP 3.0 khas untuk B40 & peniaga-peniaga mikro yang terkesan dengan PKP. Dalam bantuan ini, turut disekali BPR Tambahan, Moratorium & GKP Tambahan.

Selain daripada pelan untuk meneruskan iSinar 2 0 ini, rakyat juga berpandangan bahawa kerajaan patut memberi bantuan kepada rakyat yang tidak mencarum KWSP.

 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “i-Sinar 2.0 Bakal Dilaksanakan?” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!