i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri & Tiada pendapatan

Untuk maklumat anda semua, i-Saraan bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Hal ini, dapat menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.

Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP serta mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.

i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri & Tiada pendapatan 1

Baca juga: i-Sayang KWSP: Cara Daftar Permohonan

Syarat Kelayakan


  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 60 tahun ke bawah
  3. Ahli KWSP
  4. Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G(M))
  5. Orang yang bekerja sendiri* (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)

Kategori orang bekerja sendiri


  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

Had Bayaran / Caruman i-Saraan KWSP


  • Minimum : Tiada
  • Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela

(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Cara Mohon & Daftar i-Saraan KWSP


  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau secara manual di mana-mana cawangan KWSP.
  2. Bagi permohonan online, anda boleh isikan borang di pautan berikut >>> https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms

Baca Juga: E-Pengeluaran KWSP Dibenarkan

Cara Pengkreditan Insentif


KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.

Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).

Maklumat Lanjut


Sebarang maklumat lanjut tentang Skim i-Saraan KWSP, sila KLIK DISINI

 


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3