Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

I-Ceria KWSP – Bantuan Pengeluaran One-Off Terakhir

by portalmalaysia
March 4, 2022
in Bantuan, KWSP, Portal Rasmi
A A

i-Ceria KWSP: Cadangan Pengeluaran Kali Terakhir. Seorang ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Online), iaitu kemudahan pengeluaran buat kali terakhir.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol), ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini berkata, ini kerana terdapat keperluan mendesak untuk segelintir rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Baca Juga : Pengeluaran KWSP 10K Wajar Dilakukan

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

“Tuntutan ini tidak menafikan keprihatinan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya juga tidak menafikan 20 peratus pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang mencukupi di hari tua.

Cadangan pengeluaran kwsp terakhir

“Tuntutan saya hari ini adalah semata-mata untuk memastikan tuntutan keluarga Malaysia dipenuhi, terutama bagi mereka yang masih bergelut akibat pandemik COVID-19, ditambah dengan bencana banjir baru-baru ini,” katanya.

Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan ini
& Anda Layak Dapat Bantuan
Klik Sini

Lihat Juga  Senarai KWSP KIOSK

Justeru, Mohd Salim berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula permintaan rakyat iaitu pengeluaran KWSP buat kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan bergantung kepada jumlah simpanan.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP melalui beberapa siri inisiatif iaitu i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Senarai Kandungan

  • I Ceria KWSP
  • Penjelasan Menteri Kewangan Malaysia
  • I Ceria Semak Permohonan Baru

I Ceria KWSP


Cadangan itu turut dipersetujui beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M. Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

Sementara itu, Karupaiya dan Hasan berhujah, kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang berikutan tindakan peniaga tidak bertanggungjawab yang cenderung menaikkan harga apabila rakyat menerima bantuan kewangan.

Hasan berkata, ini menyebabkan kuasa beli rakyat berkurangan walaupun mempunyai wang, justeru kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dalam mengawal harga barang khususnya di kawasan luar bandar.

Lihat Juga  Jadual Jangkaan Masuk Duit BKM Fasa 1 | Maybank, CIMB, RHB, BSN

Xavier pula berpendapat cadangan i-Ceria itu bertepatan dengan keadaan ekonomi negara sekarang yang memerlukan masa untuk pulih seperti sebelum ini dan kerajaan bertanggungjawab membantu ahli Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.

Penjelasan Menteri Kewangan Malaysia


Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul telah menjawab cadangan pihak yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP untuk mereka yang dilanda banjir menerusi 2 video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022., Tengku Zafrul telah menjawab cadangan pihak yang menyuarakan pengeluaran khas KWSP untuk mereka yang dilanda banjir menerusi 2 video di Facebook bertarikh 17 Januari 2022.

I Ceria Semak Permohonan Baru


Dalam video berdurasi 6:28 minit ini, beliau menjelaskan setakat ini pencarum telah mengeluarkan sehingga RM71,000 melalui i-Lestari, i-Sinar & i-Citra, manakala di bahagian kedua video tersebut, kesan daripada pengeluaran tersebut adalah juga terperinci.

Secara keseluruhan, RM101 bilion telah dikeluarkan oleh pencarum.

Lihat Juga  Jadual Jangkaan Masuk Duit BKM Fasa 3 | Maybank, CIMB, BSN dan Banyak Lagi

Jelas beliau, Malaysia dijangka mencapai status Negara Tua menjelang 2030.

Ini bermakna dalam tempoh 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan lebih banyak simpanan untuk membiayai kehidupan mereka selepas bersara.

Atas sebab itu, desakan sesetengah pihak membenarkan pengeluaran KWSP akan menjejaskan isu kekurangan persaraan yang kini berada pada tahap membimbangkan.

Sebagai contoh, median simpanan ahli B40 ialah RM1000, bersamaan RM4 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Jom join komuniti Group Facebook BSH untuk luahkan pendapat anda mengenai isu ini.

Manakala bagi M40, jumlah simpanan ialah RM25,000 iaitu bersamaan RM104 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Tengku Zafrul turut menjelaskan pada 2014 Malaysia turut dilanda banjir teruk.

Pada masa itu, tiada pengeluaran KWSP dibenarkan, tidak sampai 1 sen. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan tertentu untuk membantu rakyat terjejas mendapatkan bantuan kewangan, keperluan dan tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan.

I Ceria KWSP penjelasan menteri kewangan

Pendekatan ini juga digunakan untuk mangsa banjir pada tahun ini yang boleh memberi manfaat kepada mangsa banjir yang terjejas.

 

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 6.2Kshares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 6.2Kshares
  • 4.1K
  • 1.4K
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×