Berita Baik! Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah memperkenalkan inisiatif terbaharu bagi membantu golongan sasar iaitu Bantuan Kasih Bangsa Johor (i-BERKAT).
i-BERKAT ialah program yang menawarkan sumbangan kit kesihatan kepada mereka yang berisiko/menghidap Kencing Manis dan Darah Tinggi serta barang keperluan bagi pesakit kronik/terlantar.
Baca juga: Bantuan Pesawah RM200 Sebulan
Senarai Kandungan
Golongan Sasar
Golongan sasar yang akan menerima i-BERKAT adalah seperti berikut:
- Golongan B40: Ibu tunggal/wanita berpendapatan rendah/bapa tunggal/belia/remaja/kanak-kanak.
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warga emas dan penyakit kronik/terlantar.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan/Mykid/surat beranak.
- Salinan rawatan perubatan/pengesahan rekod kesihatan oleh pegawai perubatan (jika sakit/terlantar).
Syarat Permohonan
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia (B40, OKU, warga emas, pesakit kronik atau terlantar).
- Permohonan barang tertakluk pada kelayakan dan kelulusan.
Cara Memohon
Permohonan i-BERKAT boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Sila Klik pautan permohonan berikut iaitu https://forms.gle/haxhLCnqzHUTww2e8.
- Lengkapkan semua butiran permohonan yang ditetapkan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai i-BERKAT, sila hubungi pihat YPKDT di talian 07-2666526.
Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Jom Mohon Bantuan Kasih Bangsa Johor i-BERKAT” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.