Home » KWSP » i-Akaun KWSP: Daftar Secara Online, Login Kali Pertama & Semak Penyata

i-Akaun KWSP: Daftar Secara Online, Login Kali Pertama & Semak Penyata

Pengaktifan i-Akaun & Semakan Penyata KWSP Online

Sebagai pekerja, adakah anda sedar setiap bulan ada sebahagian gaji kita akan dipotong sedikit untuk dicarum ke KWSP?

Selain bahagian gaji kita, terdapat juga bahagian yang dicarum oleh majikan untuk kita. Jadi bagaimana ingin melihat duit yang dicarum itu?

Portal Malaysia ingin berkongsi Pengaktifan i-Akaun & Semakan Penyata KWSP Online

Apakah KWSP?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu menyimpan wang bagi kegunaan pada hari tua.

Ini kerana simpanan KWSP memastikan kita mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.

Baca juga : Syarat & Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah Online 2021

Cara Pendaftaran Ahli KWSP

Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP :

1. PENDAFTARAN AUTOMATIK OLEH MAJIKAN

Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.

Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

2. PENDAFTARAN DI KAUNTER

Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.

3. I-AKAUN MAJIKAN

Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.

4. KIOSK

Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.

5. PENDAFTARAN SENDIRI

Jika anda bekerja sendiri atau suri rumah dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.

Pendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun)

Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:

  1. Sila hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
  2. Boleh Layari laman web www.kwsp.gov.my
    • Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
    • Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
  3. Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
  4. Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
  5. Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.

Semakan Penyata KWSP Online

Langkah-langkah semakan penyata adalah seperti berikut:

  1. Sila log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
  2. Boleh Klik pada tab ‘Akaun Peribadi’.
  3. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
  4. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan di skrin.

Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan :

Disclaimers – Bahan artikel admin share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “i-Akaun KWSP: Daftar Secara Online, Login Kali Pertama & Semak Penyata” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes