Home » Isu Semasa » Hujan Lebat di Kelantan Terengganu

Hujan Lebat di Kelantan Terengganu

Hujan Lebat berterusan dijangka akan berlaku di Kelantan dan Terengganu sehingga hari ini menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Amaran cuaca buruk (peringkat jingga) yang dikeluarkan itu membabitkan sembilan daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Perkara yang sama turut di keluarkan membabitkan empat daerah di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Amaran cuaca waspada (peringkat kuning) pula membabitkan Gua Musang di Kelantan dan empat kawasan di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Amaran sama yang dijangka berterusan sehingga esok itu turut melanda daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor,” katanya.

Kenyataan itu juga, menjangkakan hujan berterus dengan amaran cuaca waspada (peringkat kuning) berlaku di lapan daerah di Sarawak yang membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di lapan daerah itu bermula 5 hingga 7 Disember ini,” katanya.

Penafian – Bahan yang kami share diatas sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Hujan Lebat di Kelantan Terengganu” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!